Wednesday, February 2, 2011

kembali....

Lama sudah tidak meng”update” lakaran kehidupan saya di laman maya ini kan…agak lama menyepikan diri hinggalah ke hari ini…bukan tak mahu berkongsi cerita, pengalaman or sebagainya, cuma saya tidak berkesempatan untuk share dengan anda semua tentang lakaran hidup tersebut disebabkan masa saya yang terlalu padat untuk di”matching”kan dengan hal yang lain…that’s mean, masa untuk saya bersuka ria pun sudah semakin berkurang…huhu…so sad!but it’s okey… (cuba menenangkan diri sendiri…huhu) Mungkin ada di antara kamu semua selalu nampak saya “online” di facebook…tapi “online” tersebut hanya sekadar membiarkan akaun facebook saya sentiasa aktif dipandangan kamu semua…dan hakikat yang sebenarnya adalah saya tidur bersama laptop saya dan akaun facebook saya…haha…
Hampir 2 bulan membiarkan blog ini bersarang, berkulat, berlumut or whatever it is…hari ini baru sempat nak memulakan penulisan baru di tahun baru dan juga di semester baru saya…hoho…excited bukan bunyinye…sangat teruja…hehe…before that, tak kira dah terlambat atau belum…saya nak juga wish kepada kamu semua SELAMAT TAHUN BARU…SEMOGA TAHUN 2011 INI MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN 2010…jangan kata saya ketinggalan zaman baru nak wish selamat tahun baru padahal dah masuk bulan kedua tahun 2011…saya tak sempat nak wish ok!!!ni baru berkesempatan…huhu

AZAM TAHUN 2011???
Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya…bagaimana??? Be the best among the best! Don’t study hard but study smart! Dapatkan CGPA 3.5 ke atas masa graduate Degree I nanti then I can convert I punya loan PTPTN into Scholarship..haha…bagus bukan azam saya tahun ni…???

MAJLIS PERKAHWINAN SHUHAILA & ANUAR
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi semuanya berjalan lancar semasa majlis tersebut walaupun ada sedikit masalah yang melanda…tapi dengan izin Allah, pasangan mempelai selamat di ijab kabulkan dan tak lama lagi, bakal……………………………………………………biarlah menjadi rahsia kami…Alhamdulillah… (^    ^)
Ni saya kongsi sikit gambar masa majlis…









KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUL 2010-NOV 2010
Keputusan peperiksaan saya pada mulanya diumumkan dengan satu subjek failed…dengan rasa tidak puas hatinya, saya pergi membuat RECHECK di unit UPKA UiTM, Pahang…dan keputusan selepas semakan semula seperti berikut :


Thanks to my Hubby, Ahmad Taufiq sebab tolong uruskan semua ni…Love you so much… (T      T)

SEMESTER BARU BERMULA
Semester baru start, maknanya saya sudah masuk semester ketiga…tinggal 2tahun sahaja lagi saya nak completekan Degree saya…semakin excited saya…hehe…

Cukup setakat ni…nanti kita sambung lagi ye kawan-kawan…See you…

2 comments:

  1. dia mmg cantik...hehe
    mungkin sebab xpernah make-up b4 this...2 yg nmpk laen =)

    ReplyDelete