Friday, July 1, 2011

For Wood Industry Students::: Batch Dec08-Nov11

This entry are dedicate special to my friends from Wood Industry Student – batch Dec 08-Nov11. Whose are not related also can read and comment…TQ~~~(Grammar bertarabur tu perkara biasalah ye…hihi)
In Malay pulak lah…nak speaking lebih-lebih, tak termampu… English I pun bukan A+ time SPM dulu…hihi…okeh…1, 2, 3…MULA!

perpisahan selalu mengalirkan air mata...
Detik 3 tahun perkenalan hampir sampai dipenghujungnya… Setiap pertemuan pasti ada perpisahan… Cuma yang bezanya, perpisahan yang berlaku itu terjadi cepat atau lambat… Dalam batch kita, ada yang sudah menjejakkan kali keluar lebih awal dari yang sepatutnya… Atas sebab, dapat tawaran yang lebih baik… Alhamdulillah…mereka berjaya meletakkan diri mereka di tempat yang sepatutnya…I’m happy for those yang keluar dan sahut cabaran baru…Congratez!
3 tahun lepas, dari 22 orang (kalau tak silaplah), sekarang cuma tinggal 10 orang je… Seorang demi seorang keluar untuk mengejar cita-cita masing-masing… But its ok guys…lagi sikit, lagi bagus…mudah lecturer nak ajar…hee~~~anyway…good luck to all of you…Semoga Allah mempermudahkan segala apa yang kamu lakukan…InsyaAllah…
3 tahun perkenalan…pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun kan…”eh!dah nak habis diploma dah???tak sangka pulak…kejap je rasa…tahu-tahu dah nak habis…” Mesti adakan yang terfikir macam tu…hehe…kalau 3 tahun lepas, ayatnya begini…”Bilalah nak habis diploma ni??? Tak sabar nak habis belajar and bla dari Jengka ni…” haha… mesti you all ada terfikir macam tu…kan3! Jangan tipu tau…dosa…hehe…

muka masing-masing masa first time datang Jengka termasuk aku sekali...hihi
Ok…I tell you the truth… aku pun dulu fikir macam tu jugak…haha…fikiran muda remaja lagi masa tu…dah masuk sem 2, sem 3…baru boleh berfikir secara waras…then, aku mulalah cakap “kalau betul nak belajar, tak memilih tempat…Jengka is one of the best place yang sesuai sangat untuk belajar…” but sometimes, ada jugak terfikir, dah malas duduk Jengka…takde hiburan…yang ada cuma Karaoke… dekat mana tu…adesss…lupa dah nama tempatnya…haha…ni baru 2 bulan tak datang Jengka ni…kalau setahun tak tahulah camne gayanya…haha
Tiba-tiba rasa sayang nak tinggal Jengka (Ops! Aku masih tinggal setahun lagi…hehe), berpisah dengan kawan-kawan kelas, sahabat handai, lecturers dan kenalan-kenalan yang lain…hati mula terdetik “habis Diploma ni nanti, entah bila boleh datang Jengka ni lagi”…oh!tak terfikir yang tu ye…mungkin yang ini…”habis Diploma ni, entah bila lah aku nak jumpa kawan-kawan aku yang aku kenal masa kat Jengka ni…”hah! yang ni confirm ada terlintas kat fikiran you all kan???macam mana aku tau???I know laaa…sebab aku pun terfikir macam tu jugak…korang habis Diploma nanti, tak jumpa korang dah lah… Will miss you all damn much!!!

Setiap pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan akan buat kita semakin menghargai, merindui mereka

Selama perkenalan kita jugak, banyak perkara yang kita lalui bersama… Dari Part 1 until now…walaupun aku dah tak 1 kelas dengan korang lagi…kadang-kadang tu rindu nak kelas dengan korang…tapi apakan daya…sob3! Okeh! Lupakan sebentar…hee~~~macam-macam ragam, macam-macam perangai budak-budak kelas kita…ada yang suka ponteng, datang kelas lewat, ramah tak kena tempat, berlagak macho dan sebagainyalah…hihi…bila terkenang balik, kelakar pulak rasanya…senyum sendiri…kih3! Terlalu banyak kenangan antara kita semua…baik yang manis atau yang pahit… Hopefully, kita takkan lupakan sampai bila-bila…biarlah kenangan yang ada, terpahat dihati dan fikiran kita sampai bila-bila…InsyaAllah…

Akhir kata, aku ucapkan ALL THE BEST kat korang untuk semester terakhir ni…do your best to get the best… Jangan malas-malas…hee~~~ I will always pray for you all…Semoga dapat pointer yang tinggi untuk last semester ni…Chaiyok3! Aku jugak nak memohon seribu kemaafan (tak moh tunggu raya dah…haha) sekiranya selama kita berkawan ni aku ada sakitkan hati korang semua… Mintak halal semua makan dan minum yang aku pernah terambil, terpakai, terguna or apa-apa pun dari korang semua…
Last but not least…kepada:::
1)      Ahmad Taufiq
2)      Al-Hafiz
3)      Muhammad Syafiq @ Angah
4)      Muhd Azlan
5)      Shafiyuddin
6)      Mohammad Firdaus @ Mat
7)      Nurayu Nusi
8)      Francisca Flora @ didi
9)      Sharifah AisahNazirah @ Irah
10)   Suhaida Azura @ Sue
GOOD LUCK!!! Semoga bertemu lagi di lain masa lepas korang habis diploma nanti…Semoga Allah ketemukan jodoh untuk kita bertemu…amin…
Kepada yang sudah tidak berada di UiTM Jengka:::
1)      Fadhli
2)      Siti Hajar
3)      Muhd Taufiq
4)      Rosyamiza @ Miza
5)      Nur Asmidar @ Mimi
6)      Akma Shakila @ Iela
7)      Nur Atira
8)      Dina Nazifah
9)      Nur Ain
SELAMAT MAJU JAYA…hee~~~ Semoga apa yang kalian lakukan akan memcorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia mahupun di Akhirat…InsyaAllah…semoga ketemu lagi dilain masa…
Note:::maaf pada nama yang tiada…kelupaan pulak…terlalu banyak makan semut…haha



Monday, June 27, 2011

Shopping Untuk Orang Baru

SIAPAKAH???APAKAH???DIMANAKAH???BERSAMA SIAPAKAH???

Siapakah orang baru tersebut?
anak buah saya atau lebih tepat lagi, anak kepada pasangan Shuhaila & Anuar iaitu kakak kandung saya dan abang ipar saya (detailnya...)

Apakah yang saya shopping?
barang-barang keperluan untuk orang baru seperti
  • baju bayi
  • stokin
  • sarung tangan
  • tilam
  • bantal
  • tudung saji...errr...mosquito net sebenarnya
  • pampers berjenama Drypers
  • barang-barang mandian...saya ambil Pureen product
  • barut
  • topi
  • kain lampin
  • dan sebagainya yang diperlukan

Dimanakah saya shopping?
di GM Klang & Jusco Bukit Tinggi Klang

Bersama siapa?
Saya shopping dengan kakak saya, adik saya, abg ipar saya dan My hubby...

letih jugak pilih barang-barang bayi ni...i told u the truth...tak tipu punya...mata pun jadi rambang (errr...rambang mata maksud saya) pilih barang-barang bayi ni...semua comel belaka...kalau ikutkan hati, nak je ambil semua sekali...nak-nak baju bayi...kecil dan soooo cute...tp my mom da pesan, baju bayi jangan beli banyak-banyak...baby cepat membesar...sekejap je dah tak muat nanti...

maaf...xde pic tengah shopping...tak sempat nak ambil...khusyuk bershopping...hihi...

Tamat Sudah

mulakan entry dengan pantun pulak lah...

pergi membeli di kedai Pak Ali,
Beli pula si ikan keli,
wahai rakan yang baik budi,
silalah baca entry kali ni...

haha...mengarut...mengarut...tiba-tiba rasa nak berpantun pula malam macam ni..hik3!

Lama sudah tak "update" blog ni...about 2 or 3 months may be...bukan terlupa tapi virus M.A.L.A.S ni semakin menjadi-jadi...haha..Okeh!kali ni nak cerita pasal apa pulak yer...

Nak bagitahu...saya dah habis semester 3 dan lulus semua subjek...Alhamdulillah...boleh naik semester 4...kih3!hurm...kalo ada subjek tak lulus, tak boleh naik semester 4 ke???(errr...tertanya-tanya)haha...tapi agak kecewa dengan keputusan kali ni. tak macam semester-semester lepas...tak sedap mata saya memandang(chop!mata saya jer...tak tau lah mata korang semua) Berapa saya dapat???Biarlah R.A.H.S.I.A...macam lagu Simplycity plak(betul ke eja ni?)haha...my result is private & confidential...

Sebut pasal Simplycity (maaf kalo tersalah eja), teringat pulak kat final exam untuk Intersession programme yang baru habis 24/June/2011 aritu...sebab apa???sebab kat soalan exam tu ada sebut pasal produk kak Siti kita...SIMPLYCITY...Tapi looser betul lah...I tak boleh jawab soalan tu...to be honest, saya tak boleh jawab pun soalan final untuk subjek Marketing tu...tak tahu kenapa...mungkin sebab SAYA TAK FAHAM SOALAN or SOALAN TU YANG BUAT SAYA BINGUNG...maksudnya, soalan tu salah lah...hak3!apa-apa pun, tunggu je result keluar...dan saya terima seadanya... (^__^)

habis final exam untuk Intersession Programme tu, habis la entry saya untuk kali ni...dah tajuk pun "tamat sudah"...hik3!

teruskan dengan percutian yg sangat membosankan...rindu terhadap Bandar Jengka...(tipu3!)

Thursday, April 7, 2011

Dapat jugak Update Blog

Assalamualaikum semua...maaf lama tak update blog.agak busy sekarang ni...al-maklumlah...dah hujung semester kan...semua benda kena siapkan..errr...I mean ASSIGNMENT, PRESENTATION, REPORT dan sebagainya lah yang sewaktu dengannya...kerja yang dari awal semester yang masih tak siap-siap lagi dicampurkan pula dengan kerja yang baru diberikan...arghhh!!!rasa bagai nak gila pulak...hahaha...but its okey...everything will be fine.IsyaAllah...

This weekend ada dinner persatuan akademik saya...batch saya yang handle program dinner tersebut...sangat busy...tak menang tangan nak buat kerja...nasib baik ada classmate yang boleh bagi kerjasama dengan baik...Alhamdulillah...( T______T) segala urusan berjalan lancar buat masa ni...tinggal nak tunggu hari program je..hopefully everything will run smoothly...
hurm...mari kita tengok senarai perkara yang perlu dilakukan untuk dinner
  • Tempat majlis : Tekam Plantation Resort, Jerantut. (DONE)
  • Makanan: macam-macam ada...hehe (DONE)
  • Banner: (DONE)
  • Multimedia: (DONE)
  • Themes: Santai (DONE)
yang di atas tu bukan kerja yang saya kena buat..orang lain yang kena buat...dan mereka dah "DONE" pun...good job my friends...
senarai di bawah pulak kerja yang saya kena buat
  • Tentatif Majlis: (DONE) dah serah kat Pengarah Program pun
  • Kad Jemputan: (Almost DONE) ada lagi 4 or 5 orang lecturer belum dijemput
  • Cenderahati: door gift, gift for part5 student, candy (DONE), Dean List Gift, penanda buku (Almost Done)
  • Tentatif majlis untuk letak atas meja sebagai rujukan (tak siap lagi)
itulah kerja saya...banyak bukan..tak mengapa...masih sempat untuk siapkan... (T_____T)


door gift

candy for guest
gift for part5 student

Saturday, March 12, 2011

Jalan-jalan Di Kuantan

Sekarang ni saya berada di KUANTAN, PAHANG…bermalam di sini untuk satu malam…bukan bermalam di rumah ibu mertuaku…haha…(ada mak mertua ke aku ni??? Penuh tertanya-tanya dalam diri sendiri…kih3!) saya bermalam di SEASONS VIEW HOTEL…tempatnya agak menarik…saya rekomen anda untuk check-in di sini…kerana:::
1)     Harganya yang berpatutam
RM198 untuk satu malam - DELUXE FAMILY SUITE– KAPASITI 5 ORANG…tapi saya duduk untuk 3 orang sahaja…haha…ada juga pakej lain…ni antara pakej-pakej yang ada...HOTEL PACKAGE

2)     Menyediakan makanan yang menarik
THE RITZ GRILL...the name of the dining...nampak macam sedap..tempat makan nya juga nampak selesa...rasanya???tak tahu lah…tak pernah mencuba lagi makanan buatan hotel ini…mungkin esok…hehe…juga untuk 5 orang makan…tapi kami cuma bertiga…tamak punya pasal…haha

3)     Kawasan yang agak strategik
But not for honeymoon…kalau nak honeymoon, pergi lah ke pantai-pantai. Tapi saya tak sarankan anda pergi sekarang sebab TSUNAMI tengah “hot” melanda Jepun dan persisiran pantai Malaysia turut mendapat amaran berkenaan itu…huhu…
HOTEL SEASONS VIEW ::: di sini sesuai untuk memejamkan mata anda setelah berpenat-lelah berjalan seharian pusing-pusing Kuantan..buktinya disini ::: BEST LOCATION...mana tidaknya…hotel ini berada ditengah-tengah bandar Kuantan…mudah je nak cari…BELAKANG KUANTAN PARADE…disitu lah terletaknya hotel ini…orang Kuantan mesti tahu kan???

4)     Biliknya yang agak selesa
Nak tahu, datanglah dan cuba bermalam disini…here some of pictures from their room…
tandasnya yang sangat bersih...huhu

lama nya tak dapat tengok TV... =)



Wednesday, March 2, 2011

update slow-slow...with many stories...

Kalau orang lain sibuk dok update blog laju-laju, saya pulak nak update blog slow-slow…more slow is more better…biar lambat asalkan selamat…betul tak???hehe…first of all, I would like to say yang I become more, more n more n seriously more busy now…banyak kerja saya yang dah tertangguh akibat kemalasan saya…tapi tak mengapa…saya cuba untuk mengejarnya semula…love it…haha…
Accident
Berlaku kira-kira 3 minggu lepas…kereta bonda saya dihimpit oleh sebuah kereta Waja a.k.a JAWA…tapi yang bawa tu bukan orang jawa tapi orang Ca Ya Nun Alif...haha…berlaku di Setia Alam…diorang tak mengaku pun salah diorang malah salahkan kitorang yang langsung tak bersalah…ye, dah terang lagi bersuluh kami tak bersalah…but it’s ok…dah lama berlalu…life must go on…haha…I need to repair my bonda’s car…Alhamdulillah, semua telah selesai…total semua duit yang telah digunakan untuk me”repair” kereta bonda saya adalah sebanyak Ringgit Malaysia Tunai 400 plus and minus nya…huhu..banyak bukan???tapi tak mengapa…semata-mata takut diketahui oleh bonda saya, saya and my sister sanggup keluarkan berapa sahaja untuk repair kereta tersebut. Done!
Furniture Manufacturing
berkenaan product for my class Furniture Manufacturing saya, masih tak menjadi…so, decided nak tukar design yang lebih simple…yang sebelum ni agak complicated…mulakan kerja dari awal…potong kayu then baru hasilkan produk…dah siap nanti, nak buat finishing lagi…sangat leceh ye kawan-kawan buat perabot ni…kalau ada yang kata senang, korang cubala buat sendiri…baru tahu susah atau senang…huhu
kayu-kayu yang sebelum ni???masih lagi digunakan…Cuma tak semua…ada yang kena potong semula…hurm…disebabkan dah tak banyak masa, kami dah fikir cara nak cepatkan process…potong-potong kayu je yang buat kat kilang, yang lain bawa balik dan buat di rumah…haha…bijak tak kami???hehe…sangat bijak…
Surat Cinta
Tak ku duga kereta ku akan mendapat surat cinta dari pak guard and mak guard UiTM Jengka ni… Surat cinta dari PDRM or JPJ tak dapat (selepas cek pada 27 Feb 2011), tapi surat cinta dari pihak lain pulak dapat…akibat kesalahan meletakkan kereta ditampat larangan…huhu..memang saya letak kat tempat yang tak sepatutnya pun…suka hati saya lah…haha..kan dah dapat surat cinta…padan muka ko shuhaili…huhu…nak tak nak kena terimalah…
Saman tersebut masih tidak berbayar…tunggulah saya ada masa nanti…atau kot-kot saya teringat nak bayar ke…haha..yang pasti saya akan bayar sebelum graduation day…haha
Dinner Program
Baru selesai meeting tergempar with my classmate for our dinner program. Masih banyak lagi tak done ye kawan-kawan. Baru meeting pertama…perlu ada follow up lagi lepas ni…tadi cuma untuk perlantikan AJK dan pembahagian tugas masing-masing…selain tu, kitorang juga tengah mem”plan”kan aktiviti untuk dinner tersebut.
Themes of the dinner…………………….sudah dapat kepastian cuma masih mencari ayat yang cantik, tertarik kau memang da’ bomb!haha…biar mereka-mereka yang lain baca, nampak gah disitu…tapi perjalanan aktiviti……………………InsyaAllah da’bomb…hehe…bertemakan background color hanya warna PINK, PUTIH & HITAM…pakaian dalam situasi yang FORMAL...itulah temanya…yang lain, di”update” kemudian.
Saya dah imagine apa yang saya nak pakai…nak tahu???tunggu hari tersebut…haha…dah decide with my sister…kami nak pakai pakaian yang sama…biar yang lain tertukar kami yang mana satu…hehe…jahatnya saya…tu baru sikit…hihi
Berkemungkinan Majlis Makan Malam Furtecs ini akan di jalankan di
a)      Hotel UiTM, Dungun
b)      Tekam
c)       Temerloh
Semuanya hotel ye kawan-kawan…biasalah…standard degree kan…mana nak buat dalam kampus sendiri dah…hehe…semua nak kat luar...but it’s ok…kami tengah cuba untuk buat yang terbaik untuk semua ahli Furtecs…

Wednesday, February 23, 2011

I'm trying...

masa itu emas...jadi, hargainya... (^____^)


Hari ke hari…minggu ke minggu…bulan ke bulan…masa berjalan tak pernah ikut kehendak manusia…masa berlalu terlalu pantas…siapa dapat kejar, keep your good work! Pada mereka yang dah ketinggalan seperti saya, I’m trying to catch it back! Setiap masa yang saya lalui, berlalu dengan pelbagai perkara…terutama this week…the worst week that I’ve never had!
“terlalu letih untuk menempuh minggu ke minggu…terlalu banyak dugaan dan halangan”
Itu yang tertulis di muka buku saya…dan itulah hakikat sebenar kehidupan saya sekarang...but think positive…only for this semester…hopefully, next semester tak macam ni…huhu…
This week, banyak sangat benda yang terjadi…my project for manufacturing class tak menjadi, my housemate masuk hospital kena serangan ?????...tak study untuk test, assignment not done! And end of this week, ada camping…dah rasa macam robot pulak…takde masa rehat langsung…terkejar-kejar…tidur pun jadi tak cukup!mana nak jaga my sister yang tengah pregnant tu, nak jaga housemate saya yang sakit lagi, nak kejar my class lagi, nak buat assignment lagi, nak tidur lagi…hehe (wajib tu sebelum saya pulak yang tumbang dan ke hospital…huhu)…So, I’ve decided that I don’t want to go to that camping…It wouldn’t affect my final examination result…It’s up to me…So, keep your mouth shut!
I’m trying do the best for all of you…tapi kalau nak ikut dan puaskan hati semua orang, minta maaf lah…memang saya tak dapat nak janji…I need to think myself first… (^       ^)

papan lapis or plywood yang nak dipotong


dah siap potong pun..hehe
 SHORTCOURSE PROGRAMMES
Yang tercatat seperti di atas telah menyesakkan nafas dan yang paling membimbangkan adalah telah menyemakkan otak saya…takut kena mendaftar dekat Hospital Tanjung Rambutan pulak nanti..huhu…shortcourse jalan terbaik untuk saya mengurangkan credit hour saya yang masih bertimbun-timbun…Ops!saya takde failed mana-mana subjek ye…Cuma ingin mengurangkan credit hours saya sahaja…takut-takut ada masalah untuk course registration process for next semester…maklumlah, UiTM kan dah guna system baru yang mana…
PERKARA …( tak ingat dah ler…hehe) : semua pelajar Diploma dan Ijazah pertama sepenuh masa hanya boleh mengambil 17 hingga 23 jam kredit bagi setiap semester…(lebih kurang ayat dia macam ni lah)
Jadi maksudnya di situ, 23 jam kredit is the maximum hours yang kami boleh ambil…kalau nak ambil lebih, Cuma untuk student last semester…sebelum saya kena extand pengajian saya, lebih baik saya keluarkan sedikit modal untuk menjimatkan masa…masa itu emas dan tidak boleh dikejar…duit juga material yang penting dalam kehidupan tapi masih boleh dicari kalau ianya habis…huhu
Jadi ini menunjukkan pendaftaran saya untuk shortcourse kali ini…



minitranskrip saya
kalau ianya di buka di Shah Alam, bermakna cuti 4 bulan saya sudah terisi 1 aktiviti..InsyaAllah...kalau Allah mengizinkan...

Sunday, February 6, 2011

Back to Campus Life

Habis sudah percutian selama seminggu yang diberi oleh pihak Universiti sempena Chinese New Year +++ dengan cuti mid-term…sangat malas mahu pulang ke perantauan ye…rasanya mahu sambung tidur dan tidur serta tidur di rumah sendiri sahaja…sesungguhnya “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”...hurm….apa kena mengena ek???haha…ok!stop it Shuhaili…sekarang pulang ke Jengka dan duduk diam-diam di penjara Jengka tersebut sambil meneruskan pengajian anda sehingga tamat…huhu...

ni muka saya sewaktu dipaksa pulang ke Jengka...haha

Ok!saya sudah sampai di Jengka…Alhamdulillah, sampai juga akhirnya dengan menggunakan kereta Kancil pinjaman dari bonda saya…syukur perjalanan berjalan lancar…perjalanan kali ini dibantu oleh Mr. Ahmad Taufiq ye…kurang sikit letihnya… (T             T) Esok, seperti biasa…mulakan kelas dengan Quizzes from my lecturer…without read anything ye kawan-kawan…saya malas!!!haha
Kelas dah nak mula esok, tapi hati dan fikiran saya masih diawang-awangan…huhu…nak cuti lagi!nak cuti lagi!boleh bagi saya sambung cuti tak???hehe…rasa-rasanya macam nak ambil medical certificate A.K.A MC lah…hehe…ye!mata saya sekarang kurang sihat lah…asyik nak sakit je..bukan alasan ye kawan-kawan…memeng sakit!betul-betul sakit!So, tomorrow saya akan pergi ke Unit Kesihatan untuk membuat pemeriksaan terhadap mata saya…doakan saya tidak kenapa-kenapa…hehe (^      ^)
so, wish you all success for this semester...

Friday, February 4, 2011

Putrajaya

PUTRAJAYA…anda pernah mendengar tempat yang dinamakan Putrajaya???of course lah kan anda pernah dengar dan mungkin ada diantara anda yang pernah ke situ…bukan begitu Cik Kiah???hehe…saya baru ke sana semalam..hang out with my family and my friend…no “s” sebab kawan saya seorang je yang ikut…huhu…bukan kali pertama ye saya menjejakkan kaki ke sana…dah banyak kali…cuma baru kali ini terniat untuk menulis tentang PUTRAJAYA tersebut…mungkin sebab saya pening dengan jalan-jalan di sana…why???jalan yang telalu banyak simpang, terlalu banyak lorong then tiba-tiba at the end jadi satu lorong…haha…sangat aneh serta sangat merbahaya bagi pemandu kereta yang baru seperti saya…huhu…
Okey…hal itu tidak membantutkan saya untuk terus memandu laju ke sana…dengan di guide oleh  abang ipar saya, En Ahmad Hairul Anuar yang membawa kereta lain, kami terus memecut laju ke Putarajaya…bertolak dari rumah seawal selewat jam 9.30 malam dan sampai di sana lebih kurang jam 10.30 malam…agak lewat bukan???ye, kami sengaja keluar lewat malam…bujang lah katakan…hehe…tapi ada juga yang tidak bujang…kih3!
Bagi saya, Putrajaya is one of the most beautiful places. Sebabnya, binaan bangunan nya yang unik dan menarik membuatkan Putrajaya nampak elegant dan cantik serta sangat sesuailah jika dijadikan tempat pentadbiran seluruh Malaysia…dengan kawasannya yang agak bersih nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur tu, lagi lah menarik minat saya untuk ke sana selalu…kalau tak percaya cubalah pergi dan lihat sendiri… (^        ^)
Putrajaya juga boleh menjadi salah satu tempat untuk anda hang out serta lepak with your friends or family or with your special girlfriend/ boyfriend…tapi yang tu tak berapa digalakkan lah….nanti kena cekup dek para ustaz, minta maaf, saya tak dapat nak bantu…haha …macam saya, saya suka pergi dengan kawan-kawan and my family…dan dengan mereka-mereka yang tak reti nak kenal erti penat…ada berani???jom hang out dengan saya…haha…
Here some of picture yang saya sempat capture time kat sana…maaf gambar ada yang gelap…al-maklumlah, pergi pun dah malam kan…hehe










Wednesday, February 2, 2011

kembali....

Lama sudah tidak meng”update” lakaran kehidupan saya di laman maya ini kan…agak lama menyepikan diri hinggalah ke hari ini…bukan tak mahu berkongsi cerita, pengalaman or sebagainya, cuma saya tidak berkesempatan untuk share dengan anda semua tentang lakaran hidup tersebut disebabkan masa saya yang terlalu padat untuk di”matching”kan dengan hal yang lain…that’s mean, masa untuk saya bersuka ria pun sudah semakin berkurang…huhu…so sad!but it’s okey… (cuba menenangkan diri sendiri…huhu) Mungkin ada di antara kamu semua selalu nampak saya “online” di facebook…tapi “online” tersebut hanya sekadar membiarkan akaun facebook saya sentiasa aktif dipandangan kamu semua…dan hakikat yang sebenarnya adalah saya tidur bersama laptop saya dan akaun facebook saya…haha…
Hampir 2 bulan membiarkan blog ini bersarang, berkulat, berlumut or whatever it is…hari ini baru sempat nak memulakan penulisan baru di tahun baru dan juga di semester baru saya…hoho…excited bukan bunyinye…sangat teruja…hehe…before that, tak kira dah terlambat atau belum…saya nak juga wish kepada kamu semua SELAMAT TAHUN BARU…SEMOGA TAHUN 2011 INI MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN 2010…jangan kata saya ketinggalan zaman baru nak wish selamat tahun baru padahal dah masuk bulan kedua tahun 2011…saya tak sempat nak wish ok!!!ni baru berkesempatan…huhu

AZAM TAHUN 2011???
Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya…bagaimana??? Be the best among the best! Don’t study hard but study smart! Dapatkan CGPA 3.5 ke atas masa graduate Degree I nanti then I can convert I punya loan PTPTN into Scholarship..haha…bagus bukan azam saya tahun ni…???

MAJLIS PERKAHWINAN SHUHAILA & ANUAR
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi semuanya berjalan lancar semasa majlis tersebut walaupun ada sedikit masalah yang melanda…tapi dengan izin Allah, pasangan mempelai selamat di ijab kabulkan dan tak lama lagi, bakal……………………………………………………biarlah menjadi rahsia kami…Alhamdulillah… (^    ^)
Ni saya kongsi sikit gambar masa majlis…









KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUL 2010-NOV 2010
Keputusan peperiksaan saya pada mulanya diumumkan dengan satu subjek failed…dengan rasa tidak puas hatinya, saya pergi membuat RECHECK di unit UPKA UiTM, Pahang…dan keputusan selepas semakan semula seperti berikut :


Thanks to my Hubby, Ahmad Taufiq sebab tolong uruskan semua ni…Love you so much… (T      T)

SEMESTER BARU BERMULA
Semester baru start, maknanya saya sudah masuk semester ketiga…tinggal 2tahun sahaja lagi saya nak completekan Degree saya…semakin excited saya…hehe…

Cukup setakat ni…nanti kita sambung lagi ye kawan-kawan…See you…