Tuesday, September 14, 2010

End of Ramadhan

Seperti yg di’planning’kan sebelum ini…tp agak lari la planning asal…
HARI PERTAMA MENJEJAK KAKI KE RUMAH:
Just berehat sahaja..masak pun x utk berbuka hari tu..juz beli dari luar saja...yg belanja dan mengeluarkan money…En Ahmad Hairul Anuar bin Ibrahim, a.k.a Abg Anuar or my sister fiancée…
Byk gila makanan yg dibelinya..macam nak bagi makan satu kampung satu Malaysia…hahaha
Apa yg menjadi pilihan dihatinya :
*     Ayam percik
*     Murtabak
*     Ikan keli goreng  bakar goreng
*     Sayur pucuk ubi masak lemak
*     Sayur sawi pendek  cina masak tumis
*     Air tebu
Ada lagi kot…xbape nak igt dah…byk sgt..huhu

HARI KEDUA DUDUK DI RUMAH :
Berjalan-jalan di Shah Alam bersama Kakak, Adik, Taufiq & Abg Anuar..xjumpa pun Abg Anuar..
Before pergi Shah Alam 2,pergi membeli cat terlebih dahulu…then, Pergi ke Econsave Klang Utama dulu sebab mak aku suruh beli buah tembikai 3 biji dengan sabun basuh baju…lps 2 hantar kat tempat kerja mak aku dekat Batu5, Klang..
Then, baru kitorang pergi Shah Alam…
Kononnya nak pergi tempah kad kahwin kakak aku ni ha kat Plaza Alam Sentral…tp dia ngan Tunang dia wat hal la plak…sempat plak nak gaduh…
Dah xjadi plak nak tempah kad kahwin 2…xke aku jd berasap time 2…tp sbr je le…
Da la nak dpt parking ssh masa 2, ‘jam’ plak 2 jlnnya…sakit kaki aku ni tekan brek, ‘clutch’ lg…menguji skill betul…ahakz..
Dah xjadi g tempah kad kahwin diorang, aku terus nak pergi KTM Shah Alam…nak hantar mamat sorang 2 ha…Ahmad Taufiq…tp xjumpa-jumpa plak KTM 2…aduyaiiiii…tersesat plak…
Kakak aku kata KTM 2 kat Seksyen 17..tp xjumpa jgk..pening aku…dah dekat 10 kali aku pusing kat tempat lain2…tp macam lalu kat tempat yg sama..huhu..camna 2 ek????aku pun xpaham..hihi..
Lastly, aku soh kakak aku call Abg Anuar..tp die xnk plak…
Aku jgk kena call…
Perbualan adalah seperti berikut :

Aku : Hello Abg Nua (tanpa Assalamualaikum)…KTM Shah Alam katne ek???
Abg Nua : Kat Seksyen 19
Aku : seksyen 19 plak???td Ela(kakak aku) kat Seksyen 17…
Abg Nua : Seksyen 17 tu stesen bas… Seksyen19 baru KTM….
Aku : Ooo…da 2 camne nak g KTM tu…???

Huh!!malas la nak taip panjang dialog 2…bkn betul sgt pun nnt perbualan nya..hehehe
Yg pastinya Abg Nua suruh kami tunggu disitu sehingga dia sampai supaya kami tidak sesat lagi..hehehe
Dalam 15 minit kami menunggu, Abg Nua pun sampai…kami mengikut belakang keretanya sehingga sampai ke KTM Shah Alam..
Rupa-rupanya, laluan nak g KTM 2 semua ktorang da lalu tadi..tp knp ktorg xjumpa ek KTM nye???
Sangat kelakar la…
KTM 2 mmg terpencil tersorok sikit tempatnya…dekat kawasan perumahan…mmg la xjumpa kalau xtahu tempatnya katne…
Aku ni ha….da sampai berpuluh-puluh kali pon, tetap xtahu kt mana tempatnya…mana x nya…sebelum ni orang laen yg bawak kereta…sekali kena drive sediri kan da tercungap-cungap cati jalan…hahahaha

Menu berbuka puasa pada hari ini :
*     Ayam terGolek2…hehehe
*     Nasi Himpit…hahaha
*     Ayam masak macam2..menu laen2 la..
*     Sayur pun mcm2 jgk…
*     Menu last minit…Laksa Penang…
*     Air Tembikai Laici n air Laici

HARI KETIGA BERADA DIRUMAH:
Bangun lambat…hihi…xdapat tido yg cukup sebelumnya..
Mula mengecat rumah…dimulakan dengan luar rumah…dinding rumah yg kayu di cat dengan warna coklat gelap.manakala dinding rumah yg batu diwarna dengan putih susu…pintu rumah pula di cat dengan warna seperti warna putih susu Cuma warnanya sedikit pekat…mengecat luar rumah sahaja mengambil masa selama setengah hari..
Sempat jgk keluar sekejap pergi beli cat laen…wane putih susu jgk…
Yg murah je…berharga RM31…dapat diskaun jdnye RM29 sahaja..hehehe

Menu berbuka puasa utk hari ini simple sahaja :
*     Nasi Goreng
*     Wedges
*     Hot dog
*     Nugget

HARI KE EMPAT AKU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN :
Hari yg paling tragis…huhu
Mula-mulanya cuma mahu duduk dirumah sambung mengecat..tp akibat drpd sedikit kesulitan, pengecatan tidak boleh diteruskan…
Kami mem’planning’ utk keluar membeli tudung for my mom n my little sister…
Then igt nak berbuka puasa di luar sekali..
Tiba-tiba someone call my sister bertanya tentang mana nak dapat jahit tepi tudung…then, nak dtg rumah plak…aku xnak berjumpa dgn nya nuat masa 2…xbersedia…aku suruh kakak aku berkata kpdnya yg kami mahu keluar ketika itu…tiba-tiba dia menytakan hasrat utk mengikut…
Erm….xkan aku nak menghalang…aku terima saja yg dia mahu mengikut…
Kami pergi ke PKNS Shah Alam kerana di sana terdapat banyak tudung..
Perkara yg tidak diingini berlaku..
Tiba-tiba barang milik kwn ku hilang…mungkin diambil org…
Habis semua IC, lessen, Hp miliknya lesap…
Aku dan rakan ku yg laen panic…dia mula menangis xtentu arah…rilex sudah…bukan milik kita la agaknya…
Erm…ingin la di ingati ye rakan-rakan ku yg laen…jaga la barang milik anda dgn lebih berhati-hati jika tidak mahu hilangpesanan dari Penaja…hihi
Pasa masa 2 die bertanya kpd aku serta yg lain…”aku ada buat salah kat siapa2 ke sampai jadi mcm ni???”
Nak je aku jawab..”ye!!!mmg ada…orang yg ko buat salah 2 ade dpn mata ko…xkan ko xperasan jgk”
Tp aku xsampai hati nak cakap camtu…kwn tgh dilanda masalah kan…bukan hipokrit ye…menjaga perasaan sahaja…
Bagi aku dia bukan la teman yang sepatutnya aku tolong kerana dia telah membuang aku bute2 begitu sahaja…tp aku masih ade sifat perikemanusiaan..aku tetap membantu…
Ikotkan hati aku ni nak je aku cakap “ ko kan de ramai kawan sejati, pergi la mintak tolong kat diorang..knp mintak tolong dekat org yg ko da buang bute2, yg ko kate xlayak utk ko jadikan kwn sejati hanya kerana hal yg kecil…”

 Ah…sudah2!!!hal lame jgn dikenang kembali…ceeeewwaaaahhhh………..hehehe
Kami bergerak ke balai polis utk membuat “report” tentang kehilangan barang tersebut..
Jam menunjukkan hampir  pukul 7.00 petang..
Waktu berbuka da nak masuk..tempat berbuka xsetting lg nih…
Akhirnya kami decide berbuka di McDonalds sahaja…
Selepas berbuka , kami pergi menunaikan solat Maghrib di tempat LZS..
Selesai menunaikan kewajipan kami  pergi ke Bandar Klang utk membeli belah…huhu
Lama jgk berjln2 kat situ…dekat pukul 11 baru kami balik…
Jam 12.30…lebih kurang time 2 la aku baru sampai rumah…



HARI KELIMA :
Proses menecat rumah aku masih tergendala akibat hal yg berlaku semalam..
Aku terpaksa membawa kwn aku yg hilang harta bendenya itu ke Pejabat Pendaftaran utk membuat semula Kad Pengenalan nya yg hilang itu…
Aku ngan kakak aku pun join skali la wat ic baru…
Kakak aku la…xkan la nak kahwin pakai IC umur 12 tahun…muka kanak-kanak ribena..hihi
Lps wat IC, aku igt nak terus g kat Celcom Centre..nak watkan kwn aku 2 simcard baru…tp dia wat aku ni cam driver dia plak..suka-suka hati nak arah aku kesana-kesini…
"Ko xigt ke aku ni byk lg kije kat rumah…nak cat rumah lagi…da xbyk masa ko tau x…kalo ko nak tolong xpela…"
Selesai je semua urusan dengan kwn aku 2, aku terus balik rumah…
Akibat penat sangat, aku tertidur sampai pukul6 petang…
Waktu mlm, aku sambung balik mengecat rumah..mujur ada kaki par aku tolong cat sekali…cepat sikit kerja ktorang…

HARI TERAKHIR RAMADHAN:
Sambung mengecat rumah…
Sampai la ciap…
Terus kemas2…mop lantai…buang habuk…buang la mane yg xperlu…huhu
Lepas siap semua, terus pasang langsir..
Then kakak aku nak pasang sarung kusyen tp  xde yg terpikat dihati…
Terpakse la keluar jap mlm raya 2 g Pekan Kapar utk beli sarung kusyen baru…harganya RM 49.90..
Tp kakak aku mntk kurang dpatla harga RM45.00
Tahun ni beraya dalam keadaan yg bersederhana sahaja…



No comments:

Post a Comment