Friday, November 26, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih jahat daripada 1000 orang lelaki yang jahat

4) 2 rakaat solat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

5) Wanita yang member minum susu dada kepada anaknya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya

6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan keletihan akan mendapat pahala jihad

7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8) Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut

10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya allah akan member 12 tahun pahala ibadat

11) Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

12) Wanita yang menguli tepung gamdum dengan “Bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya

13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

14) Wanita yang menjaga solat, puasa dan tatt pada suami, Allah akan mengizinkan untuk memasuki syurga dari mana –mana pintu yang dia suka

15) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

16) Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari

17) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunn solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala Haji

18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

19) Jika wanita melayan suami tanpa khianata akan mendapat pahala 12 tahun solat

20) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

21) Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun satu tahun solat dan puasa

22) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak

23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di Akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai pirdah di dunia ini dengan istiqamah

Wednesday, November 10, 2010

Alone!!!


Heh!tinggal sorang-sorang jugak last-last kat rumah sewa yang serba luas dan indah ni(luas tu betul, indah tu………….mistyping la tu..ngeh3!) nak buat macam mana…dah nasib badan…housemate habis exam 7hb, saya 12hb…ALONE!!! gara-gara pihak UiTM buat jadual sesedap rasa mereka, saya yang jadi mangsa...huhu…dah lah ditinggal seorang diri di rumah sewa, nak balik rumah kat Klang nanti pun, kena balik sendiri…lagi kesian… =(

Saya masih ada 5 hari lagi nak kena duduk kat bumi Jengka ni…sobsob…ada siapa-siapa nak teman saya duduk kat rumah sewa yang sunyi sepi tu???takde???Ok….takpe…huhu…saya kena teruskan jugak hidup saya tanpa housemate saya di sini…masih ada 2 paper lagi yang tersisa untuk saya jawab…bila nak habis???12hb jam  4.45 petang…titik!!!Don’t ask me that question anymore!!!saya puas dah jawab soalan tu…


5 days to go…alone??? NO NO NO…saya tak keseorangan…saya dah cari teman untuk menemani saya selama saya masih ada kat Jengka ni…siapa???NURUL ASHIKIN BINTI KUSHAIRI atau nama pena nya EKIN..hehe…dia yang akan teman saya selama 5 hari ni…then, balik Klang together with her…I LIKE!!!

“Jasad je kat sini, hati & fikiran dah melayang jauh nun di rumah tercinta”

Ayat yang selalu mereka-mereka keluarkan bila exam habis lambat…salah sorang, sayalah…dah takde hati nak pegang, belek jauh sekali nak baca buku tu…tapi………untuk paper last nanti, nak tak nak saya kena baca jugak…demi mendapatkan result yang cemerlang dan gemilang (ayat poyo je ni…haha) Bukan apa, untuk subjek yang ni, kalau baca pun memang susah nak nak score A…kalo tak baca, rasa-rasa dapat result camne???C???untung C…kalau C-???nak repeat ke???tak nak…tak nak…so, WAJIB BACA!!!

Kepada mereka yang dah mula bercuti, SELAMAT BERCUTI & NIKMATILAH PERCUTIAN ANDA DENGAN SEENAK-ENAKNYA (macam nugget krispy plak…hehe)
 


 
1.38 pagi(8 November 2010)

Malam yang sunyi dan sejuk sampai ke tulang ditemani EKIN KUSHAIRI dan EKIN RAZAK (ececeh…ayat saya skema plak…) nak tidur pun tak boleh…terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan…apa???mengumpat???eh…tak tak…saya dan mereka tak mengumpat ye…bergosip pun tidak..kami hanya bercerita hal semasa yang berlaku…hihi…terasa bosan malam ni…Isu bas accident, banjir kat Kedah dan Perlis serta Kelantan dan Isu Gunung Merapi  di Indonesia jadi perbualan hangat malam ni (hangat ke???hehe).. Bukan tu je yang kitorang sembang…banyak cerita yang kitorang sembang…tapi tak boleh lah nak cerita kat sini…malas lah saya nak taip panjang-pangjang melebar…keyboard laptop saya nanti rosak pulak (saya seorang yang kedekut ye nak ganti yang baru…hahaha)
 
TIME TO SLEEP!!!tapi mereka tak habis-habis bersembang…sekarang bersembang tentang kahwin & baby…huhu…jangan salah faham…bukan mereka nak kahwin…orang lain…yang baby tu, pasal tempat letak baby je lah…hehe…

Ok…Jom tidur!!!tak nak???fine! It’s up to you…nanti jangan bangun lambat pulak…GOOD NIGHT SEMUA…Assalamualaikum… =)

Sunday, November 7, 2010

New Matric Card

hihi...ni lah kad matrik baru saya untuk jurusan IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERABOT...kos saya pelik???ada saya kisah ke???yang belajar saya, bukan anda semua...



ok!!!jangan kata saya "kacang lupakan kulit"...saya masih simpan lagi kad matrik lama saya dengan baiknya...bukti???Burbbbbb!!!!saya tunjukkan....bagi anda semua puas hati!!!



hah!!!puas hati???terbukti saya bukan seperti "kacang lupakan kulit"...hehe...

Coretan Terakhir???


Hari ni saya nak luangkan masa sikit untuk update blog saya yang dah tak berapa lama nak ter’update’ ni. Saya tertanya-tanya 

“ye ke dah lama aku  tak update…entahlah…anda nilai lah sendiri.hehe..”  T____T

Lately ni saya agak busy dengan FINAL EXAM saya yang semakin menjadi-jadi perlukan CONCENTRATION saya. That’s not mean that I’m not concentrate with my paper before…Cuma kurang..hehe.. tapi untuk subjek kali ni, nak tak nak saya kena concentrate jugak sebelum saya repeat pada semester depan..SANGAT TIDAK SANGGUP!!! Saya masih banyak lagi jam kredit yang menunggu di semester hadapan…26 CREDIT HOURS!!! Bagai nak mati rasa nak bawak jam kredit sebanyak itu…huhu..

Saya tak ada banyak masa sekarang, tapi cuba jugak meluangkan masa untuk pergi MAKAN, MANDI (yang tu of course la kena buatkan…kalau tak…………….lu fikirlah sendiri..hahaha)TENGOK MOVIE, JALAN-JALAN..hehe…habis paper pada 30hb hari tu, saya cuma diberikan masa 3 hari untuk sambung study 2 subjek seterusnya…AKAUN PADA 3HB PETANG & WOOD PROCESSING PADA 4HB PAGI…macam mana lah saya nak focus dalam masa 3 hari ni…dua-dua subjek pun susah…perlukan masa dan konsentrasi yang tinggi untuk jawab(ececeh…ayat nak gempak)..semakin hari, saya SEMAKIN STRESS!!! Rasa macam nak berhenti belajar… Saya berangan-angan 

Kalaulah saya dapat berbuat demikian…I’m free right now!!!”

Tapi malang sekali…kalau saya berhenti belajar, I’m nothing. No DIPLOMA jauh sekali DEGREE…heh!!! Saya masih stress sampai sekarang…sebab tu tulis blog ni…mencurah masalah di sini… kalau nak cerita kat orang lain pun, belum tentu orang lain nak dengarkan…
Otak saya dah tepu!!!dah tak boleh nak masuk apa yang saya baca…kan saya dah pernah kata, saya FAILED bab FAKTA…Saya tak sukakan fakta!!!tapi malang…….saya belajar benda fakta sekarang…heh!!! Erm…makin banyak belajar, mestilah makin banyak guna otak kan…perut saya ni jadinya selalu lapar…entah kenapa tah ni…mungkin simptom-simptom orang yang kuat belajar ni (budget nak puji diri sendiri…hahaha)XOXO..sudahlah…cukuplah pasal belajar ni…boring la…
Saya punya stress bertambah… (bila nak berkurang tak tahulah)..kali ni pasal RUMAH SEWA pulak…
“hadoyai!!!tuan rumah nak 10 orang pulak dalam 1 rumah ni…macam mana ni???”

Ayat tu sering berjalan-jalan di kepala otak saya ni sedari tadi lagi…mana tak nya..macam mana rumah ni nak menampung 10 orang…anda bayangkan lah, TOILET & BILIK AIR cuma ada 1…Kami nak pergi kelas pukul 8 nanti macam mana???nak bangun pukul berapa untuk mandi…huh!!!sangat annoying!!! 
 HOUSE FOR RENT
gambar ini sekadar perhiasan...bukan rumah sebenar

Iklan sudah ditutup!!!maaf…sudah penuh…sila cari rumah lain..hehe T    T
We all dah setle semua tu…kami dah dapat orang yang nak disumbatkan kat rumah kami…cukup 10 11 orang termasuk kami…huhu..terlebih sorang???tak pe…boleh diselesaikan..

Pasal WEDDING END OF THE YEAR kakak saya pulak….

THANKS A LOT TO MY MOTHER, MY BROTHER, MY SISTER IN LAW & MY LITTLE SISTER sebab tolong setlekan banyak benda… kami sangat sibuk dengan FINAL EXAM  yang sedang melanda UiTM sekarang…hahaha..nanti, bila semua siap, kitorang balik rumah tolong mana yang patut…OK???

Pasal KAD JEMPUTAN???

Jangan risau..mana yang layak akan dapat ye…hehe..sila dapatkan pas masuk anda pada saya sebelum tarikh berlangsungnya majlis tersebut…harap maklum..semua tu rekaan sahaja…hehe…kad jemputan nanti kami bagi ye… T_____T
Oh ye…sebelum terlupa…

To SYAFIQ@ANGAH & ZILA (If I’m not mistake)
Congratez to both of you…hope korang punya relationship kekal sehingga ke Akhirat...kahwin jangan lupa jemput..hehe… T___T


Penulisan kat atas yang korang baca tu dah lapuk ye…saya dah tulis lama dah tapi tak sempat nak post kat blog saya yang cantik simple ni…hehe…

Hari ni saya nak cerita pasal life saya yang tak berapa nak ada life ni lah…SEMAKIN HARI SEMAKIN TENSION!!! Tu lah yang saya rasa sampai sekarang…petang tadi baru je berlepasnya paper yang ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan masyarakat…(ye ke??entah lah..hehe). paper apa lagi…AKAUN la..huhu…mula-mula, sejuk mata memandang tengok soalan-soalan tu…tapi bila dah buat, habis lintang pukang saya nak jawab…berterabur kertas dengan alat tulis saya…kelam kelibot!!!tanya lah kat siapa-siapa yang duduk dekat dengan saya tu…diorang tahu lah…kalau tak pun korang tanya pengawas peperiksaan yang jaga masa tu…ada 3 orang tapi yang 2 orang pengawas yang jaga tu, suka datang dekat saya..yang sorang ni suka baca jawapan saya kat buku jawapan tu(saya tahulah jawapan saya pelik…janganlah asyik nak baca je..huhu)..yang sorang lagi ni tak habis-habis tengok slip peperiksaan saya…tak tahu lah kenapa dengan slip exam saya tu…ada yang pelik ke???entah..mungkin kelas yang saya daftar tu pelik…orang lain ASD5TA, ASD5TB, ASD5TC atau ASB1GA…tapi saya cuma sorang je yang berdaftar dalam ASB2GA…mungkin tu yang buat dia nak baca saya punya slip exam banyak kali tu…hehe..takpelah…biarkan mereka dengan masalah mereka…


Kali ni entry saya hanya SATU selepas banyak hari dah tak update blog saya ni…anda tertunggu-tunggu saya update blog saya???tak???takpelah kalau cam tu…hehe…tapi entry saya agak panjang kali ni..berEPISOD ye kisah saya ni(macam cerekarama lah plak…slot Akasia…haha… T____T)
 
Ok…back to my story… Once upon a time……………………eh, tak tak…saya main-main je…BAHASA INGGERIS SAYA TAK HEBAT untuk saya bercerita dalam bahasa tu…huhu…first of all, nak bagi tahu...subject WOOD PROCESSING yang sangat saya gerunkan tu…ALHAMDULILLAH…saya dapat jawab dengan jayanya dalam masa hanya 2 JAM sahaja..tapi resultnya……………....belum tentu cemerlang macam orang yang jawab 3 jam…huhu…tapi tak mengapa…biarkan sahaja…

Hurm…sebelum saya masuk dewan peperiksaan pagi tu, saya dapat tahu yang kawan saya dari kelas DIPLOMA saya sebelum ni akan stop belajar sebab dapat tawaran SPA8 untuk jadi NURSE…agak terkejut jugak lah saya masa tu…BUKAN SORANG ye….TAPI 2 ORANG…sorang memang dah confirm dapat, yang sorang lagi calon simpanan…tinggal sikit lah student BATCH DEC08 nanti…tapi takpe..yang mana yang masih ada tu, teruskan perjuangan anda hingga ke akhirnya…masa depan kita masih cerah di sini…Don’t worry dear…



To my friends yang akan teruskan perjuangan di tempat lain tu (ROSYAMIZA & ASMIDAR), Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian berdua…SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA BERDUA…yang penting, SENTIASA BERUSAHA dan JANGAN PERNAH GIVE UPJANGAN SESEKALI TOLEH KE BELAKANG lagi…teruskan dengan apa yang anda pilih…REDHA DENGAN APA YANG MENDATANGUSAHA LAH SEHABIS BAIK…dan yang paling penting…..JANGAN LUPA KAWAN-KAWAN KAT SINI YE

I LOVE BOTH OF U…I’LL MISS U A LOT


Saya terasa sedih jugak bila ada di antara rakan-rakan saya yang akan tinggal saya dan rakan yang lain…mana tidaknya, dah hampir 2 tahun kami bersama dan lastly, terpisah…tapi takpelah…demi masa depan masing-masing, biarlah mereka mengorak langkah untuk mencorak masa depan mereka..

Kepada rakan-rakan saya yang masih ada di UiTM Jengka, Pahang, TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MENGGAPAI & MENGGENGGAM SEGULUNG DIPLOMA  yang bakal kita dapat tak lama lagi dan SEGULUNG IJAZAH pula selepasnya…SEMOGA CITA-CITA & IMPIAN KALIAN TERLAKSANA…

Ok…setakat tu ucapan saya untuk mereka yang berkenaan…masih terasa sedih, tapi tak nak tunjuk dekat diorang..saya nak diorang rasa gembira sebelum mereka pergi tinggalkan saya dan yang lain…biarkan diorang pergi sambung cita-cita diorang dengan gembira…tak nak sedih-sedih… (“ ,) saya gembira bila tengok diorang gembira… =)

MOOD: HAPPY

Pembelajaran saya kat UiTM untuk semester 2 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Perabot hampir tamat…masih ada lagi 2 subjek yang belum habis final papernya…tapi dah terasa bahang-bahang percutian..hahaha…tak sabar rasanya nak balik rumah and tengok tv dari mata saya celik sampai mata saya pejam untuk tidur…lama dah tak tengok tv..simptom-simptom penyakit tidur lewat malam & bangun tengahari akan semakin menjadi-jadi semasa berada di rumah (sangat kurang berdisiplin saya ni..hihi) 

Jadual saya semasa cuti semester kali ni:
I’m home….. : 12 November 2010 (5.00 pm – 8.00 pm)
Tengok tv : selagi tv tu tak terbakar…hihi
Uruskan perkahwinan saya kakak saya : sepanjang “I’m home” hingga 11 November 2010…
Tidur : as long khidmat saya tak diperlukan untuk buat apa-apa kerja & selagi mata saya nak selalu terlelap…hahaha

Tak banyak aktiviti saya masa cuti sem ni…ada siapa-siapa nak tolong tambah tak???ada???ok…tell me…takde???takpela…thanx but no thanx…heh!!!

Seuntai kata dari saya buat teman-teman saya...