Friday, November 26, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih jahat daripada 1000 orang lelaki yang jahat

4) 2 rakaat solat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

5) Wanita yang member minum susu dada kepada anaknya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya

6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan keletihan akan mendapat pahala jihad

7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8) Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut

10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya allah akan member 12 tahun pahala ibadat

11) Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

12) Wanita yang menguli tepung gamdum dengan “Bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya

13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

14) Wanita yang menjaga solat, puasa dan tatt pada suami, Allah akan mengizinkan untuk memasuki syurga dari mana –mana pintu yang dia suka

15) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

16) Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari

17) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunn solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala Haji

18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

19) Jika wanita melayan suami tanpa khianata akan mendapat pahala 12 tahun solat

20) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

21) Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun satu tahun solat dan puasa

22) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak

23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di Akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai pirdah di dunia ini dengan istiqamah

No comments:

Post a Comment