Wednesday, November 10, 2010

Alone!!!


Heh!tinggal sorang-sorang jugak last-last kat rumah sewa yang serba luas dan indah ni(luas tu betul, indah tu………….mistyping la tu..ngeh3!) nak buat macam mana…dah nasib badan…housemate habis exam 7hb, saya 12hb…ALONE!!! gara-gara pihak UiTM buat jadual sesedap rasa mereka, saya yang jadi mangsa...huhu…dah lah ditinggal seorang diri di rumah sewa, nak balik rumah kat Klang nanti pun, kena balik sendiri…lagi kesian… =(

Saya masih ada 5 hari lagi nak kena duduk kat bumi Jengka ni…sobsob…ada siapa-siapa nak teman saya duduk kat rumah sewa yang sunyi sepi tu???takde???Ok….takpe…huhu…saya kena teruskan jugak hidup saya tanpa housemate saya di sini…masih ada 2 paper lagi yang tersisa untuk saya jawab…bila nak habis???12hb jam  4.45 petang…titik!!!Don’t ask me that question anymore!!!saya puas dah jawab soalan tu…


5 days to go…alone??? NO NO NO…saya tak keseorangan…saya dah cari teman untuk menemani saya selama saya masih ada kat Jengka ni…siapa???NURUL ASHIKIN BINTI KUSHAIRI atau nama pena nya EKIN..hehe…dia yang akan teman saya selama 5 hari ni…then, balik Klang together with her…I LIKE!!!

“Jasad je kat sini, hati & fikiran dah melayang jauh nun di rumah tercinta”

Ayat yang selalu mereka-mereka keluarkan bila exam habis lambat…salah sorang, sayalah…dah takde hati nak pegang, belek jauh sekali nak baca buku tu…tapi………untuk paper last nanti, nak tak nak saya kena baca jugak…demi mendapatkan result yang cemerlang dan gemilang (ayat poyo je ni…haha) Bukan apa, untuk subjek yang ni, kalau baca pun memang susah nak nak score A…kalo tak baca, rasa-rasa dapat result camne???C???untung C…kalau C-???nak repeat ke???tak nak…tak nak…so, WAJIB BACA!!!

Kepada mereka yang dah mula bercuti, SELAMAT BERCUTI & NIKMATILAH PERCUTIAN ANDA DENGAN SEENAK-ENAKNYA (macam nugget krispy plak…hehe)
 


 
1.38 pagi(8 November 2010)

Malam yang sunyi dan sejuk sampai ke tulang ditemani EKIN KUSHAIRI dan EKIN RAZAK (ececeh…ayat saya skema plak…) nak tidur pun tak boleh…terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan…apa???mengumpat???eh…tak tak…saya dan mereka tak mengumpat ye…bergosip pun tidak..kami hanya bercerita hal semasa yang berlaku…hihi…terasa bosan malam ni…Isu bas accident, banjir kat Kedah dan Perlis serta Kelantan dan Isu Gunung Merapi  di Indonesia jadi perbualan hangat malam ni (hangat ke???hehe).. Bukan tu je yang kitorang sembang…banyak cerita yang kitorang sembang…tapi tak boleh lah nak cerita kat sini…malas lah saya nak taip panjang-pangjang melebar…keyboard laptop saya nanti rosak pulak (saya seorang yang kedekut ye nak ganti yang baru…hahaha)
 
TIME TO SLEEP!!!tapi mereka tak habis-habis bersembang…sekarang bersembang tentang kahwin & baby…huhu…jangan salah faham…bukan mereka nak kahwin…orang lain…yang baby tu, pasal tempat letak baby je lah…hehe…

Ok…Jom tidur!!!tak nak???fine! It’s up to you…nanti jangan bangun lambat pulak…GOOD NIGHT SEMUA…Assalamualaikum… =)



Hari Selasa, 9 November 2010

Jam kat laptop saya dah pukul 8.29pagi tapi jam kat handphone saya baru pukul 8.28pagi…hoho…pagi yang sejuk duduk kat rumah seorang diri…mana lagi 2 orang???yang sorang dah balik KOMPLEKS SISWI semalam malam, yang sorang lagi baru je tadi saya hantar dia untuk exam paper yang terakhir untuk dia semester ni… 

“GOOD LUCK EKIN…MAY ALLAH BLESS YOU”

Saat orang lain sibuk tengah jawab exam pagi ni, saya sibuk dok menekan-nekan keyboard laptop ni…menulis something yang boleh buat saya ceria macam hari-hari lain…tapi…………tetap tak dapat…fikiran melayang jauh dekat rumah…hati tertanya-tanya

Bilalah nak hari Jumaat ni…mintak-mintak cepatlah sikit sampai hari Jumaat”

Saya teringat masa kakak saya masih ada dekat Jengka bersama saya. Dia exam saya pun macam exam…saya akan hantar dia ke Kampus dan tunggu dia sampai dia habis exam…lepas tu baru balik..tapi hari ni, saya hantar Ekin saya terus balik sebab petang nanti saya ada exam pulak… MEN120 atau bahasa simplenya, LUKISAN KEJURUTERAAN. Dalam hati ada jugak rasa takut, risau tak sempat buat paper tu…yela….mana tidaknya, 2 lukisan dalam masa 2jam!!!sangat menakutkan…tapi takpelah…janji lepas paper tu…

CEPATLAH HARI JUMAAT!!! saya nak balik…hari Jumaat habis paper, saya nak terus balik…tak sabar dah nak balik rasanya… habis hari selasa ni, 3 more days to stay at JengkaNAK BALIK!!!NAK BALIK!!!NAK BALIK!!! Hoho…

No comments:

Post a Comment