Friday, November 26, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih jahat daripada 1000 orang lelaki yang jahat

4) 2 rakaat solat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

5) Wanita yang member minum susu dada kepada anaknya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya

6) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan keletihan akan mendapat pahala jihad

7) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

8) Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

9) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut

10) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya allah akan member 12 tahun pahala ibadat

11) Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

12) Wanita yang menguli tepung gamdum dengan “Bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya

13) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

14) Wanita yang menjaga solat, puasa dan tatt pada suami, Allah akan mengizinkan untuk memasuki syurga dari mana –mana pintu yang dia suka

15) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

16) Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari

17) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunn solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala Haji

18) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

19) Jika wanita melayan suami tanpa khianata akan mendapat pahala 12 tahun solat

20) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

21) Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun satu tahun solat dan puasa

22) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak

23) Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

24) Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

25) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di Akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai pirdah di dunia ini dengan istiqamah

Wednesday, November 10, 2010

Alone!!!


Heh!tinggal sorang-sorang jugak last-last kat rumah sewa yang serba luas dan indah ni(luas tu betul, indah tu………….mistyping la tu..ngeh3!) nak buat macam mana…dah nasib badan…housemate habis exam 7hb, saya 12hb…ALONE!!! gara-gara pihak UiTM buat jadual sesedap rasa mereka, saya yang jadi mangsa...huhu…dah lah ditinggal seorang diri di rumah sewa, nak balik rumah kat Klang nanti pun, kena balik sendiri…lagi kesian… =(

Saya masih ada 5 hari lagi nak kena duduk kat bumi Jengka ni…sobsob…ada siapa-siapa nak teman saya duduk kat rumah sewa yang sunyi sepi tu???takde???Ok….takpe…huhu…saya kena teruskan jugak hidup saya tanpa housemate saya di sini…masih ada 2 paper lagi yang tersisa untuk saya jawab…bila nak habis???12hb jam  4.45 petang…titik!!!Don’t ask me that question anymore!!!saya puas dah jawab soalan tu…


5 days to go…alone??? NO NO NO…saya tak keseorangan…saya dah cari teman untuk menemani saya selama saya masih ada kat Jengka ni…siapa???NURUL ASHIKIN BINTI KUSHAIRI atau nama pena nya EKIN..hehe…dia yang akan teman saya selama 5 hari ni…then, balik Klang together with her…I LIKE!!!

“Jasad je kat sini, hati & fikiran dah melayang jauh nun di rumah tercinta”

Ayat yang selalu mereka-mereka keluarkan bila exam habis lambat…salah sorang, sayalah…dah takde hati nak pegang, belek jauh sekali nak baca buku tu…tapi………untuk paper last nanti, nak tak nak saya kena baca jugak…demi mendapatkan result yang cemerlang dan gemilang (ayat poyo je ni…haha) Bukan apa, untuk subjek yang ni, kalau baca pun memang susah nak nak score A…kalo tak baca, rasa-rasa dapat result camne???C???untung C…kalau C-???nak repeat ke???tak nak…tak nak…so, WAJIB BACA!!!

Kepada mereka yang dah mula bercuti, SELAMAT BERCUTI & NIKMATILAH PERCUTIAN ANDA DENGAN SEENAK-ENAKNYA (macam nugget krispy plak…hehe)
 


 
1.38 pagi(8 November 2010)

Malam yang sunyi dan sejuk sampai ke tulang ditemani EKIN KUSHAIRI dan EKIN RAZAK (ececeh…ayat saya skema plak…) nak tidur pun tak boleh…terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan…apa???mengumpat???eh…tak tak…saya dan mereka tak mengumpat ye…bergosip pun tidak..kami hanya bercerita hal semasa yang berlaku…hihi…terasa bosan malam ni…Isu bas accident, banjir kat Kedah dan Perlis serta Kelantan dan Isu Gunung Merapi  di Indonesia jadi perbualan hangat malam ni (hangat ke???hehe).. Bukan tu je yang kitorang sembang…banyak cerita yang kitorang sembang…tapi tak boleh lah nak cerita kat sini…malas lah saya nak taip panjang-pangjang melebar…keyboard laptop saya nanti rosak pulak (saya seorang yang kedekut ye nak ganti yang baru…hahaha)
 
TIME TO SLEEP!!!tapi mereka tak habis-habis bersembang…sekarang bersembang tentang kahwin & baby…huhu…jangan salah faham…bukan mereka nak kahwin…orang lain…yang baby tu, pasal tempat letak baby je lah…hehe…

Ok…Jom tidur!!!tak nak???fine! It’s up to you…nanti jangan bangun lambat pulak…GOOD NIGHT SEMUA…Assalamualaikum… =)

Sunday, November 7, 2010

New Matric Card

hihi...ni lah kad matrik baru saya untuk jurusan IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERABOT...kos saya pelik???ada saya kisah ke???yang belajar saya, bukan anda semua...



ok!!!jangan kata saya "kacang lupakan kulit"...saya masih simpan lagi kad matrik lama saya dengan baiknya...bukti???Burbbbbb!!!!saya tunjukkan....bagi anda semua puas hati!!!



hah!!!puas hati???terbukti saya bukan seperti "kacang lupakan kulit"...hehe...

Coretan Terakhir???


Hari ni saya nak luangkan masa sikit untuk update blog saya yang dah tak berapa lama nak ter’update’ ni. Saya tertanya-tanya 

“ye ke dah lama aku  tak update…entahlah…anda nilai lah sendiri.hehe..”  T____T

Lately ni saya agak busy dengan FINAL EXAM saya yang semakin menjadi-jadi perlukan CONCENTRATION saya. That’s not mean that I’m not concentrate with my paper before…Cuma kurang..hehe.. tapi untuk subjek kali ni, nak tak nak saya kena concentrate jugak sebelum saya repeat pada semester depan..SANGAT TIDAK SANGGUP!!! Saya masih banyak lagi jam kredit yang menunggu di semester hadapan…26 CREDIT HOURS!!! Bagai nak mati rasa nak bawak jam kredit sebanyak itu…huhu..

Saya tak ada banyak masa sekarang, tapi cuba jugak meluangkan masa untuk pergi MAKAN, MANDI (yang tu of course la kena buatkan…kalau tak…………….lu fikirlah sendiri..hahaha)TENGOK MOVIE, JALAN-JALAN..hehe…habis paper pada 30hb hari tu, saya cuma diberikan masa 3 hari untuk sambung study 2 subjek seterusnya…AKAUN PADA 3HB PETANG & WOOD PROCESSING PADA 4HB PAGI…macam mana lah saya nak focus dalam masa 3 hari ni…dua-dua subjek pun susah…perlukan masa dan konsentrasi yang tinggi untuk jawab(ececeh…ayat nak gempak)..semakin hari, saya SEMAKIN STRESS!!! Rasa macam nak berhenti belajar… Saya berangan-angan 

Kalaulah saya dapat berbuat demikian…I’m free right now!!!”

Tapi malang sekali…kalau saya berhenti belajar, I’m nothing. No DIPLOMA jauh sekali DEGREE…heh!!! Saya masih stress sampai sekarang…sebab tu tulis blog ni…mencurah masalah di sini… kalau nak cerita kat orang lain pun, belum tentu orang lain nak dengarkan…
Otak saya dah tepu!!!dah tak boleh nak masuk apa yang saya baca…kan saya dah pernah kata, saya FAILED bab FAKTA…Saya tak sukakan fakta!!!tapi malang…….saya belajar benda fakta sekarang…heh!!! Erm…makin banyak belajar, mestilah makin banyak guna otak kan…perut saya ni jadinya selalu lapar…entah kenapa tah ni…mungkin simptom-simptom orang yang kuat belajar ni (budget nak puji diri sendiri…hahaha)XOXO..sudahlah…cukuplah pasal belajar ni…boring la…
Saya punya stress bertambah… (bila nak berkurang tak tahulah)..kali ni pasal RUMAH SEWA pulak…
“hadoyai!!!tuan rumah nak 10 orang pulak dalam 1 rumah ni…macam mana ni???”

Ayat tu sering berjalan-jalan di kepala otak saya ni sedari tadi lagi…mana tak nya..macam mana rumah ni nak menampung 10 orang…anda bayangkan lah, TOILET & BILIK AIR cuma ada 1…Kami nak pergi kelas pukul 8 nanti macam mana???nak bangun pukul berapa untuk mandi…huh!!!sangat annoying!!! 
 HOUSE FOR RENT
gambar ini sekadar perhiasan...bukan rumah sebenar

Iklan sudah ditutup!!!maaf…sudah penuh…sila cari rumah lain..hehe T    T
We all dah setle semua tu…kami dah dapat orang yang nak disumbatkan kat rumah kami…cukup 10 11 orang termasuk kami…huhu..terlebih sorang???tak pe…boleh diselesaikan..

Pasal WEDDING END OF THE YEAR kakak saya pulak….

THANKS A LOT TO MY MOTHER, MY BROTHER, MY SISTER IN LAW & MY LITTLE SISTER sebab tolong setlekan banyak benda… kami sangat sibuk dengan FINAL EXAM  yang sedang melanda UiTM sekarang…hahaha..nanti, bila semua siap, kitorang balik rumah tolong mana yang patut…OK???

Pasal KAD JEMPUTAN???

Jangan risau..mana yang layak akan dapat ye…hehe..sila dapatkan pas masuk anda pada saya sebelum tarikh berlangsungnya majlis tersebut…harap maklum..semua tu rekaan sahaja…hehe…kad jemputan nanti kami bagi ye… T_____T
Oh ye…sebelum terlupa…

To SYAFIQ@ANGAH & ZILA (If I’m not mistake)
Congratez to both of you…hope korang punya relationship kekal sehingga ke Akhirat...kahwin jangan lupa jemput..hehe… T___T


Penulisan kat atas yang korang baca tu dah lapuk ye…saya dah tulis lama dah tapi tak sempat nak post kat blog saya yang cantik simple ni…hehe…

Hari ni saya nak cerita pasal life saya yang tak berapa nak ada life ni lah…SEMAKIN HARI SEMAKIN TENSION!!! Tu lah yang saya rasa sampai sekarang…petang tadi baru je berlepasnya paper yang ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan masyarakat…(ye ke??entah lah..hehe). paper apa lagi…AKAUN la..huhu…mula-mula, sejuk mata memandang tengok soalan-soalan tu…tapi bila dah buat, habis lintang pukang saya nak jawab…berterabur kertas dengan alat tulis saya…kelam kelibot!!!tanya lah kat siapa-siapa yang duduk dekat dengan saya tu…diorang tahu lah…kalau tak pun korang tanya pengawas peperiksaan yang jaga masa tu…ada 3 orang tapi yang 2 orang pengawas yang jaga tu, suka datang dekat saya..yang sorang ni suka baca jawapan saya kat buku jawapan tu(saya tahulah jawapan saya pelik…janganlah asyik nak baca je..huhu)..yang sorang lagi ni tak habis-habis tengok slip peperiksaan saya…tak tahu lah kenapa dengan slip exam saya tu…ada yang pelik ke???entah..mungkin kelas yang saya daftar tu pelik…orang lain ASD5TA, ASD5TB, ASD5TC atau ASB1GA…tapi saya cuma sorang je yang berdaftar dalam ASB2GA…mungkin tu yang buat dia nak baca saya punya slip exam banyak kali tu…hehe..takpelah…biarkan mereka dengan masalah mereka…


Kali ni entry saya hanya SATU selepas banyak hari dah tak update blog saya ni…anda tertunggu-tunggu saya update blog saya???tak???takpelah kalau cam tu…hehe…tapi entry saya agak panjang kali ni..berEPISOD ye kisah saya ni(macam cerekarama lah plak…slot Akasia…haha… T____T)
 
Ok…back to my story… Once upon a time……………………eh, tak tak…saya main-main je…BAHASA INGGERIS SAYA TAK HEBAT untuk saya bercerita dalam bahasa tu…huhu…first of all, nak bagi tahu...subject WOOD PROCESSING yang sangat saya gerunkan tu…ALHAMDULILLAH…saya dapat jawab dengan jayanya dalam masa hanya 2 JAM sahaja..tapi resultnya……………....belum tentu cemerlang macam orang yang jawab 3 jam…huhu…tapi tak mengapa…biarkan sahaja…

Hurm…sebelum saya masuk dewan peperiksaan pagi tu, saya dapat tahu yang kawan saya dari kelas DIPLOMA saya sebelum ni akan stop belajar sebab dapat tawaran SPA8 untuk jadi NURSE…agak terkejut jugak lah saya masa tu…BUKAN SORANG ye….TAPI 2 ORANG…sorang memang dah confirm dapat, yang sorang lagi calon simpanan…tinggal sikit lah student BATCH DEC08 nanti…tapi takpe..yang mana yang masih ada tu, teruskan perjuangan anda hingga ke akhirnya…masa depan kita masih cerah di sini…Don’t worry dear…



To my friends yang akan teruskan perjuangan di tempat lain tu (ROSYAMIZA & ASMIDAR), Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian berdua…SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA BERDUA…yang penting, SENTIASA BERUSAHA dan JANGAN PERNAH GIVE UPJANGAN SESEKALI TOLEH KE BELAKANG lagi…teruskan dengan apa yang anda pilih…REDHA DENGAN APA YANG MENDATANGUSAHA LAH SEHABIS BAIK…dan yang paling penting…..JANGAN LUPA KAWAN-KAWAN KAT SINI YE

I LOVE BOTH OF U…I’LL MISS U A LOT


Saya terasa sedih jugak bila ada di antara rakan-rakan saya yang akan tinggal saya dan rakan yang lain…mana tidaknya, dah hampir 2 tahun kami bersama dan lastly, terpisah…tapi takpelah…demi masa depan masing-masing, biarlah mereka mengorak langkah untuk mencorak masa depan mereka..

Kepada rakan-rakan saya yang masih ada di UiTM Jengka, Pahang, TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MENGGAPAI & MENGGENGGAM SEGULUNG DIPLOMA  yang bakal kita dapat tak lama lagi dan SEGULUNG IJAZAH pula selepasnya…SEMOGA CITA-CITA & IMPIAN KALIAN TERLAKSANA…

Ok…setakat tu ucapan saya untuk mereka yang berkenaan…masih terasa sedih, tapi tak nak tunjuk dekat diorang..saya nak diorang rasa gembira sebelum mereka pergi tinggalkan saya dan yang lain…biarkan diorang pergi sambung cita-cita diorang dengan gembira…tak nak sedih-sedih… (“ ,) saya gembira bila tengok diorang gembira… =)

MOOD: HAPPY

Pembelajaran saya kat UiTM untuk semester 2 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Perabot hampir tamat…masih ada lagi 2 subjek yang belum habis final papernya…tapi dah terasa bahang-bahang percutian..hahaha…tak sabar rasanya nak balik rumah and tengok tv dari mata saya celik sampai mata saya pejam untuk tidur…lama dah tak tengok tv..simptom-simptom penyakit tidur lewat malam & bangun tengahari akan semakin menjadi-jadi semasa berada di rumah (sangat kurang berdisiplin saya ni..hihi) 

Jadual saya semasa cuti semester kali ni:
I’m home….. : 12 November 2010 (5.00 pm – 8.00 pm)
Tengok tv : selagi tv tu tak terbakar…hihi
Uruskan perkahwinan saya kakak saya : sepanjang “I’m home” hingga 11 November 2010…
Tidur : as long khidmat saya tak diperlukan untuk buat apa-apa kerja & selagi mata saya nak selalu terlelap…hahaha

Tak banyak aktiviti saya masa cuti sem ni…ada siapa-siapa nak tolong tambah tak???ada???ok…tell me…takde???takpela…thanx but no thanx…heh!!!

Seuntai kata dari saya buat teman-teman saya...


Saturday, October 30, 2010

Final lagi!!!

sambung cerita saya yang hari tu...pasal FUR265...
saya dah agak dah soalan yang keluar tu sama dengan soalan yang ada dekat sem-sem lepas punya final paper.
sebijik-sebijik keluar...
nasib saya baca semuanya...tapi ada jugak yang ter'missed' baca..yang mana saya tak baca tu jawapan memang lah mengarut..
dah lah banyak soalan yang keluar benda yang saya tak belajar..kalau yang saya belajar pun, tu yang subjek dulu...saya terpaksa revise semuanya semula semata-mata mengikut kehendak lecturer kat Shah Alam tu punya pasal...
anda boleh bayangkan tak dalam satu malam 2 malam, saya terpaksa revise balik subjek masa saya semester 2 dan semester 3 dulu..yang lebih sadis lagi, saya terpaksa bukak buku kawan-kawan Diploma saya untuk dapatkan nota dari subjek yang saya tak belajar!!!tapi mereka belajar subjek tu!!!



anda bayangkan lagi, saya kena cover 6 ke 7 subjek semata-mata untuk paper final yang ini...sangat banyak!!!
saya rasa orang yang bijak pandai sekalipun xkan buat camtu kalau mereka nak final...huhu..
saya taubat!!tak nak buat macam tu lagi..huhu

finally, saya dapat mengakhiri final paper untuk subjek berkenaan dalam masa hanya 1 jam 45 minit sahaja...
masa yang diberikan untuk completekan paper tu 3 jam...
tapi saya tak sanggup nak duduk lebih lama...
mana tak nya...
siapa yang belajar di UiTM Jengka, Pahang ni tahulah DEWAN SERBAGUNAYA bagaimana...
dengan sejuk seperti berada dalam peti ais, besar lagi...tambah-tambah pulak saya sememangnya dah tension bila partner saya yang sorang tu dah keluar meninggalkan saya seorang diri disitu...
untuk makluman semua, subjek yang saya ambil tu just 2 orang je yang ambil ye...saya dan kawan saya sorang lagi tu..
dia dah keluar, jadinya saya tinggal sorang-sorang..
saya bersendiri...saya fikir nak keluar je masa tu..hehe
saya menjadi lagi tension bila dengar bunyi tapak kasut para-para penjaga peperiksaan...
tah pape tah diorang ni...dah tahu nak jaga exam, pakai lah kasut yang sunyi sepi sikit...jgn bunyi-bunyi "keletak-keletuk"...tension saya dibuatnya...
saya menjadi semakin tension...dan....................
Akhirnya, saya berjaya jugak memboloskan diri mengikut suka hati saya dengan jayanya...hihi..

Thursday, October 28, 2010

Final... Oh Final...



haish...time exam ni makin melampau plak update blog..hihi
nampak sangat yang saya ni tak study!!
and the result is.........
you all boleh fikir sendiri lah bila saya banyak online dari study...huhu..
BAD RESULT WILL COME TO ME...hahahahaha

semalam, bersamaan hari Rabu, 27 October 2010...
saya pergi ke library untuk cari maklumat lah konon-kononnya...
maklumat untuk subject WOOD COMPOSITE saya tu...
tapi saya tak cari pun...hihihi
saya pergi online kat library tu... (nampak yang saya ni kurang berdisiplin..hahaha)
tiba-tiba, saya terfikir nak cari final paper FUR265...bukan WTE265 ye kawan-kawan...
Kali ni saya terpaksa kata yang subject ni adalah FUR265...
sebabnya FUR265 dan WTE265 soalan final nya memang berlainan...
memang nasib saya agak malang...terpaksa mencari maklumat tambahan sendiri untuk final kali ni...
ni semua gara-gara student di Shah Alam yang 5 orang tu...sangat geram!!!
tapi tak mengapa...
saya teruskan dengan pencarian saya (skema la plak saya ni..hihi)
AKHIRNYA...SAYA JUMPA JUGA DENGAN SOALAN FUR265 TU...
bila tengok-tengok balik, memang soalan nya lain dari yang lain..
walaupun format sama (5 soalan semuanya), tapi soalannya TOTALLY DIFFERENT!!!
Ya ampun...kenapa saya baru terfikir nak cari soalan tu semalam...
kenapa bukan dari dulu lagi????
sangat bengong saya ni...hahaha
apa-apa pun, doakan saya boleh jawab soalan yang pelik tu nanti pada hari sabtu pagi...
hopefully....
CEPAT LAH HABIS PENDERITAAN INI...hahahaha

Wednesday, October 27, 2010

Final Exam-Target Saya

untuk semester ni, saya memang tak target tinggi macam yang saya khabarkan di post yang sebelum ini...
yang ni target saya untuk final exam kali ni...

QMT205 : B+
FUR265/WTE265 : B+
ACC140 : A-
FUR265/WTE265 : B
MEN120 : A-
WTE307 : B-

Segala perubahan target saya ni, akan diberitahu kelak..hahaha
It's depends on question paper...
kalau boleh buat, tinggi sikit lah target...\kalau tak boleh, terpaksa lah target rendah...
apa-apa pun, itu usaha saya, jangan cuba nak pertikai...hahahahaha

Tuesday, October 26, 2010

FINAL EXAM + WEDDING END OF THE YEAR

bila kena setle banyak benda dalam 1 masa...
SANGAT SERABUT RASANYA
sekarang musim final exam for UiTM student ye wahai rakan-rakan ku...
saat-saat orang tengah sibuk study untuk GET A GOOD RESULT for this semester, I plak sibuk dengan benda lain...
korang jangan tanyalah benda apa...tajuk kat atas tu da menunjukkan apa benda lain yang buat saya sibuk. sila BACA!!!Jangan malas..hihi..
Alhamdulillah...walaupun sibuk dengan perkara lain masa final ni, saya tetap boleh fokus untuk final exam saya.. tapi tidak macam semester lepas..sem ni kurang sikit..huhu

semalam dah selesai satu subjek... QMT205 or STATISTICS..
say GOOD BYE TO STATISTICS SUBJECT..see u next semester for QMT436..itupun kalau lulus QMT205 nila...hihi
FIVE more subject to go!!!
final paper WTE307 or ENVIRONMENTAL PROTECTION will be the last subject for this semester..
DOAKAN SAYA AGAR DAPAT GOOD RESULT FOR THIS SEMESTER..paling tidak pun, 3.0 dah cukup...huhu
sem ni memang saya target rendah...
kalau before ni saya target sampai 3.5 above, tapi sem ni tak dapat rasanya..
MOHON AMPUN DAN MAAF TO MY MOM AND MY FAMILY KALAU RESULT SAYA TAK BAGUS SEPERTI SEBELUM NI...(bagus ke result before ni???huhu)
nak tahu bagus ke tak, tanya lah sendiri...meh tengok MINI TRANSKRIP saya..
tapi saya tak nak letak kat blog ni...terlalu umum...
itu privacy saya ye... =)

selesai final exam, makin serabutlah dengan "TAJUK DI ATAS"..
dah tak banyak masa..
final exam saya berakhir hingga ke majlis tersebut hanya tinggal lebih kurang 3 minggu..
mana nak uruskan buah tangan untuk tetamu, bilik tidur pengantin, kemas rumah lagi, langsir yang belum dijahit pon banyak lagi, katering lagi, nak masak lagi...sangat banyak kerja...
hopefully, saya dan family saya dapat uruskan semua ni dengan jayanya...





Tuesday, October 19, 2010

Majlis Perkahwinan

wahai saudara saudari, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya ini...hihi
silalah hadir bagi memeriahkan MAJLIS PERKAHWINAN SHUHAILA & ANUAR..

Ni Kad Jemputannya ye kawan-kawan..



Majlis sebelah pengantin perempuan kat sebelah atas ye..
yang lelaki sebelah kiri..

sila lah datang ye...anda semua di alu-alukan.. =)
kalau nak tahu lebih lanjut, sila call la ye...

Bad moments...

Bagi saya, dalam masa 4 semester saya belajar kat UiTM, Jengka ni, semester ni la yang paling teruk sekali saya hadapi..bukan sebab semester yang teruk, tapi saya sendiri yang buatkan semester ni jadi teruk. Sangat-sangat tak patut semester ni jadi macam ni…
Tak tahu lah mana silapnya semester saya kali ni jadi macam ni.. Apa yang saya buat sem ni sampai sem ni saya katakan sebagai “THE WORST SEMESTER”???
Nak tahu???
Ok! Antaranya…
1.      PONTENG KELAS
Ni la yang paling ketara sekali…setiap subjek yang saya ambil mesti ada sekali lah yang paling kurang saya ponteng. Ni senarainya…

                               I.            TECHNICAL DRAWING : Ni lah subjek paling banyak saya ponteng sem ni…adalah dalam 4 ke 5 kali..camtu lah lebih kurangnya…kerja pun banyak jugak tak siap untuk subjek ni…Hadoyai…..cemane nak lulus camni???

                            II.            STATISTICS : yang ni adalah sekali saya ponteng..gara-gara nak siapkan assignment subjek lain, kena ponteng jugak la subjek ni…tapi takpe..subjek ni memang sadis sekali..tak paham mende pun…Erm..dah nak final ni kenalah study lebih sikit untuk subjek ni sebelum saya punya result jatuh ke gaung..huhu

                         III.            WOOD COMPOSITE : Yang ni lagi satu subjek yang saya banyak ponteng.. 3 kali saya ponteng kelas ni..2 kali secara tak sengaja dan sekali memang sengaja. Sangat-sangat teruk saya ni..maaf kepada lecturer saya.. CIK SHILLA sebab tak datang kelas terakhir hari Jumaat lepas… =(

                         IV.            WOOPD PROCESSING : Subjek ni bagus sekali..saya tak pernah ponteng untuk subjek ni.tak tahu kenapa saya tak pernah ponteng. Nak kata subjek ni menarik, tak juga…coz semuanya berasaskan FAKTA sahaja..saya tak berapa nak minat subjek fakta ni..huhu..mungkin sebab lecturer subjek ni CANTIK… =)  sebab tu saya berminat untuk masuk ke kelas nya..hihi..Ops!!bukan lecturer lain tak cantik ye…jangan memandai buat fakta lain…

                            V.            ENVIRONMENTAL PROTECTION : Untuk subjek ni pun saya Cuma pontang sekali..tu pun gara-gara temankan housemate saya pergi ke hospital untuk cek gigi dia. Sangat manja!!!..huhu..eh, takla..bukan sebab tu sahaja.. sebenarnya saya memang malas masuk ke kelas masa tu..hihi..

                         VI.            ACCOUNTING : Subjek ni pun saya pernah ponteng jugak. Sekali je ye kawan-kawan. Tapi 2 kali tak masuk kelas..sekali memang ponteng, sekali tak masuk sebab terpaksa go to Kuantan coz ada roadshow TEKNOLOGI HIJAU kat VISTANA HOTEL.. memang saya sangat berani ponteng kelas ni..hihi.. untuk pengetahuan saudara saudari, lecturer saya untuk subjek ni sangat garang ye.. tapi cemane saya masih brani ponteng kelas subjek ni ek?? Memang tak makan saman lah saya nih..hihi..

                      VII.            The last subject, BAHASA ARAB : Ok, kelas ni saya tak pernah ponteng tapi lecturer yang tak bagi saya datang..huhu..bukan camtu lah..saya daftar masuk kelas ni sememangnya lambat, then, banyak kelas yang terpaksa diganti.tapi saya tak dapat datang semua kelas ganti tersebut coz bertindih dengan kelas laen yang sememangnya TEST masa tu..untuk pengetahuan semua, subjek ni BUKAN SUBJEK SEMASA saya ek. Ni SUBJEK STUDENT SEMESTER 3.saya ambil sem ni nak permudahkan jadual saya sem depan.

2.      Sebab kedua, MALAS + PENAT
Sebabkan malas ni lah saya punya assignment jadi melambak-lambak, tergendala dan yang paling teruk, assignment saya menjadi sangat-sangat tak berkualiti..sangat teruk!!! Sebab malas ni jugak, assignment saya jadi bertindih, lepas tu saya tidur lewat dan kemudiannya bangun lewat dan terlambat bangun untuk ke kelas…sangat-sangat annoying!!!kenapa aku jadi begitu malas sem ni?? Sem leps takde pun camni…apa puncanya???huhu
Saya tersangatlah stress bila hal macam ni jadi…bertambah stress bila lecturer saya buat muka bila kami brsua muka..erm…patut ke mereka buat macam tu??? Ntahlah…no answer for that question…korang fikirlah sendiri dengan secara matang dan professional..
Sekarang ni saya nak focus dengan final saya yang dah nak sampai ni..25 October..first paper..STATISTICS..subjek yang tak pernah nak lepas untuk sem ni..markah TEST yang SELALU MENJUNAM ke gaung…kenapa subjek kira-kira ni saya rasa susah??subjek kira-kira lain ok je saya buat…A lagi.. (bangga pulak eli ni…dosa lah weh…)hihi.. saya tak kira..saya nak jugak dapatkan A untuk subjek ni..tak kira!!!

Final exam saya akan habis 3 minggu kemudian bertarikh 12 November..sangat lambat..kakak saya habis 7hb, classmate diploma saya habis 9hb..saya lah yang paling lambat sekali..duduk di rumah sewa ni sorang-sorang…sangat mengerikan..tapi saya tak kira…last paper, 12 hb pukul 4.45pm, saya nak terus balik rumah..saya cemburu dengan kawan-kawan saya yang lain yang dah dapat balik rumah dulu…sangat sedih..huhu

Sampai rumah saya, banyak kerja yang menunggu..MENGURUSKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK SAYA yang akan berlangsung pada 5 DECEMBER 2010.. tak sempat rilex untuk final, kerja laen mendatang..sangat penat. Hopefully, cepat lah habis semua ni…saya nak REHAT SEPUAS-PUASNYA!!!

Wednesday, October 13, 2010

Akhirnya...

Hari-hari penuh keserabutan dah selesai..
just tinggal 2 TEST lagi...(ni pun kira serabut jugak..huhu)
dekat 2 minggu brhempas pulas nak siapkan semua kerja sampai tak tidur malam (tipu je tu), hidup pula sepertinya hanya di library (yang ni fakta ye..bukan auta)...
akhirnya, Alhamdulillah...semua tugas selesai dengan jayanya..(Dengan jayanya lah sangatkan..)

Yesterday, saya dah selesaikan test akaun yang suka sangat takut-takutkan saya tu..
tapi bukan dengan jayanya..
saya tak tahu kenapa dengan saya semalam sampai saya boleh lupa formula untuk kira benda tu..
sangat-sangat menghampakan..tapi takpe..semua dah lepas..

To En Ipin (Kalau terbacalah ye): jgn terkejut dengan ape yang saya jawab..sesungguhnya sangat mengarut..hihi

OK..enough for yesterday punya cerita..
Hari ni hari Rabu bersamaan 13 October 2010
"NO CLASS FOR TODAY"
Kelas yang satu-satunya ada untuk hari rabu dah habis silibus..So, dah takde kelas la...
yiiiiihaaaaa.....seronoknya takde kelas hari ni..
boleh tidur puas-puas...
Tapi new information from paper Star my friends..

"Malam ni ada kelas QMT ye.."

haduyaiiii...malas sungguh saya nak pergi kelas...sangat-sangat malas..
then, beberapa jam kemudian, saya dapat lagi satu panggilan

"Kelas QMT malam takde...ganti petang ni pukul 4..tapi 1 jam je"

tetap terasa malas nak pergi walaupun satu jam...
tapi pergi jugak lah...
saya meringankan tulang saya yang dah berat ni untuk pergi..
Tapi tak balajar pun..
pensyarah saya cuma bagi kata-kata akhir untuk kami satu kelas..
sebab lepas ni pensyarah saya dah tak dapat jumpa kitorang..
test kitorang hari Jumaat nanti pun, staf pelajar yang tengah praktikal jaga kitorang..

habis kelas QMT, dah takda kelas untuk hari ni...DONE!!! (untuk hari ni jer..)
Bersembang-sembang..tercakap plak pasal study week minggu depan..
saya tak dapat balik..
sebab study week saya yang sepatutnya saya nak balik tu, dah jadi macam minggu kelas plak..
jadual  saya sangat penuh.. (taklah penuh sangat..tapi boleh la)
jadinya kalau semua student UiTM lain kelas cuma 14 minggu, saya punya kelas jadi 15 minggu..huhu
sangat memilukan...hihi
saya dah takde pilihan lain...kena jugak duduk Bandar Jengka yang sangat sunyi ni sampai habis paper exam saya pada 12hb nanti...
sangat lama nak tunggu tarikh tu... =(

lama dah tak letak pic..
ni semua pic saya tengah tension nak test bahasa arab...

Monday, October 11, 2010

Busy & Stress

Minggu terakhir kelas...
Minggu paling busy dan stress sekali bagi seorang pelajar...
Saya salah seorang dari orang yang sangat stress tu..tapi saya tak berapa busy sangatla..hihi
OK...
saya terasa sangat-sangat stress minggu ni...
Ini adalah gara-gara TEST dan KELAS GANTI yang melambak-lambak datang merundum...
Hadoyaiiii...
kenapa baru sekarang wahai pensyarah-pensyarah ku yang cerdik pandai???
Saya tersangatla serabut sekarang...
terlalu banyak kelas ganti dan test yang perlu saya harungi minggu ini...
OH TIDAK!!!
Untuk esok sahaja (12 October 2010) sudah ada 2 kelas ganti & 1 test...semuanya pada masa dan waktu yang sama...
mana satu saya nak pergi ni??
Wahai pensyarah ku....bolehkah kalau saya tidak meilih mana-mana untuk saya pergi???
Lastly....saya memilih untuk pergi ke test...
tapi kelas lain pun saya kena datang jugak...ada carrymark disitu...
ERMMMM........................
Pilihan dan pertimbangan yang bijak perlu ada...
yang mana 1 menjadi pilihan???huhu

Perkara lain yang buat saya semakin stress...
tak boleh balik rumah masa study week...
hatiku dirundum pilu...hahaha (Bla la eli...ko tu nak makan sedap je sebenarnya balik rumah tu)
dah cantik dah saya plan nak balik hari Jumaat nanti...tapi tersangkut plak plan saya tu..
gara-gara TEST dan KELAS GANTI jugak..
Agak-agak, bila saya boleh balik rumah selain tunggu habis final exam nanti???
dan agak-agak  bila kelas ganti dan test saya boleh selesai 100%??
tolong jawab bagi stress saya berkurang...huhu

Sunday, October 10, 2010

Sedar atau tidak???

Hai semua...
lama dah tak update blog ni..dah naik sarang labah-labah dah pun..hihi (Tipunya...)
Maaflah ye semua....
Ini adalah akibat daripada kesibukan menyiapkan semua assignment yg tertangguh...
Tapi Alhamdulillah...Semuanya dah hampir selesai sekarang...
Tapi....Ada tapi lagi ni...
Lepas ni akan lebih sibuk lagi dengan TEST & PRESENTATION..
Adoyaiiii....dah naik bengong dah otak ni asyik study & membaca...(Studyla sangat..hihi)

OK...sedar tak sedar, lagi 2 minggu je lagi saya & pelajar-pelajar UiTM especially to pelajar UiTM Jengka, Pahang dan lebih specific lagi kepada pelajar ASD4TA batch Dec2008 akan menghadapi saat-saat genting iaitu penamatan semester pada semester ini...Apa lagi kan kalo bukan FINAL EXAMINATION...Kelas pula lagi seminggu je nak habis...
dalam hati ini....
SANGAT TERSANGAT LAH SERONOK TAK PAYAH GO TO CLASS LAGI..TAPI TAKUT SEBAB FINAL EXAM BAKAL KETEMU LAGI...huhu

Erm...apa-apa pun, I need to study to get A GOOD RESULT..
3.0 ABOVE and PASS ALL SUBJECT!!!
it's more better than saya failed walaupun 1 subjek...
rasanya mungkin saya akan menangis sehari semalam atau lebih teruk dari itu...hihi..
Oh tidak!!!! 
Katakan tak nak pada gagal...
Saya tidak pernah merasa bagaimana rasanya gagal semasa berada di UiTM ni...
agak-agak  apa ye rasanya???
mesti kecewakan...
(Maaf sekiranya statement ini ada membuatkan sesiapa terasa)

OK...apa-apa pun GOOD LUCK to all UiTM student for your final examination..
Especially to:
  • My sister (SHUHAILA)
  • My Sayang..hihi (Ahamad Taufiq)
  • My classmate
          ~ASD4TA-Batch DEC2008
    • Mieza
    • Ayu
    • Irah
    • Mimi
    • Didi
    • Sue
    • Syafiq
    • Hafiz
    • Mat
    • Azlan
            ~ASB1GA
            ~ASB2GA
    • Zam
  • all Student Diploma Industri Perkayuan & Ijazah Teknologi Perabot
  • Nurul Ashikin binti Kushairi
  • also to all people who know me...
DO YOUR BEST  IN YOUR FINAL EXAM...

Sunday, October 3, 2010

My Final Exam Timetable

July 2010 - Nov 2010 Session
Timetable for ASB2GA:


QMT205 (Statistics 2)
25 October 2010-Monday
2.15pm - 5.15pm

FUR265 (Wood Composite)
30 October 2010- Saturday
9.00am - 12.00pm

ACC140 (Financial & Accounting)
3 November 2010-Wednesday
2.15pm - 5.15 pm

FUR266 (Wood Processing)
4 November 2010-Thursday
9.00am - 12.00pm

MEN120 (Tachnical Drawing)
9 November 2010-Tuesday
2.15pm - 4.15pm

WTE307 (Environmental)
12 November 2010-Friday
2.45pm - 4.45pm

Wish me luck for my final exam... 
I'll try do my best

Saturday, October 2, 2010

Marah + Geram + Sakit Hati


apa pasal minggu ni banyak sangat perkara yang buat aku jadi MARAH + GERAM + SAKIT HATI...
first, yg aku post dekat wall facebook aku yg berbunyi...

"PENGANUGERAHAN YG SEPATUTNYA DAPAT TAPI TAK DAPAT"

Hampeh betul aku dengan pihak UiTM ni..tak menghargai orang langsung...
ada ke patut aku yang sepatutnya dapat anugerah  berprestij  kecemerlangan tu boleh tak dapat...
siapa tak geram weh...pointer aku cukup kot nak dapat anugerah tu...
haish!!!macam mana nama aku boleh tak ada ni???ape pihak UiTM Shah Alam buat dengan nama aku???
boikot ke apa ni sebab aku pandai sangat...ececeh...masuk bakul angkat sendiri nampak eli...hihi..
Pihak HEA UiTM tempat aku belajar ni kata, itu keputusan UiTM Shah Alam..diorang kata sebab aku dah naik jadi student Degree, so nama aku automatically terkeluar dari senarai...tapi bagi aku & pihak HEA tempat aku kata, sepatutnya aku tetap layak dapat...erm...tu usaha aku...mana boleh pihak UiTM buat macam ni...kalau macam tu sia-sia jela usaha aku...tak berguna!!!

kedua,
masa pergi Kuantan kali kedua semata-mata untuk sertai ROADSHOW TEKNOLOGI HIJAU atas arahan lecturer aku...
kumpul bagai nak rak pukul 6.30,geraknya dekat pukul7 jugak...
lepas tu boleh pulak bas rosak...
apa ni UiTM...bagi bas apa ni kat kitorang...rosak pulak...ni yang nak marah ni...
perjalanan jadi tergendala sebab bas rosak...tunggulah bas ganti datang...
huh!!!lagi tak patut...ada ke bagi bag yg pendek yg cume muat 25 orang...

"oi UiTM...kami ni 36 org...bagi bas untuk 25 orang tu buat apa???lagi 11 orang nak duduk mana???tangga??atas bumbung???share dengan pemandu or duduk dekat tempat simpan barang???"

sangat kejam...perjalanan yg mengambil masa selama 2 jam itu, kami terpaksa berhimpit-himpit untuk sampai ke destinasi...kesian kepada mereka yang terpaksa duduk dilantai bas, tangga bas...sangat-sangat tak patut pihak UiTM ni...

Jalan-Jalan...

Pengalaman baru...yuhuuuuuu...
tak semua orang dapat rasa pengalaman yang kita rasa.. (^_^)

Hari Sabtu bersamaan 25 September 2010 aku pergi ke Kuantan bersama someone ni lah..
Pertama kali pergi ke bandar Kuantan...Tapi jgn sangka aku menjadi seorang yang batak, jakon ye.. (bahasa apalah yang aku guna ni...huhu).
Saya bertolak dari Jengka pada pukul kurang lebih 3.30 petang (setelah puas menunggu bas yg tak datang2 nak amek penumpang)..Cadangan sebenar nak keluar pukul 10.30 pagi tapi faham2 la yek...hihi..Keluar dari rumah pukul 11.15 pagi tapi dapat bas pukul 2.00 petang..tak ke lama kena tunggu 2..sampai aku %?#*#$#@ (saya tak cakap bukan2 ye)...lepas tu pulak, bila bas dah jalan, singgah ke Petronas..isi minyak sampailah penuh...adalah dalam setengah jam jugak kami ni kena tunggu..tu belum pemandu tu bersembang lagi...macam nak $*%@# je..(eh2, jgn pk bukan2)..habis isi minyak, baru je nak mulakan perjalanan, pak cik bas tu buat call , kata bas rosak...dengar2 clutch bas tu rosak...ntah la...lagi la aku rasa cam nak #&%$*%? (saya tak mencarut tau)...balik semula ke terminal bas...menyampah rasa bila kena tunggu bas lain datang...nasib baik kejap je..dalam 15 minit camtu lah...
Bas sampai. kami naik lah  bas tu..da semua orang naik, pemandu bas pulak bersembang..Dalam hati aku ni berkata tertanya-tanya
"PakCik2 ni dah berapa lama tak jumpa??Macam lama sangat je tak jumpa.syok sangat bersembang.Ni nak kerja ke tak nak ni??? Kami da lama tunggu ni...da pukul barapa ni??"

Lepas puas sembang (puas gak kami ni menunggu)baru lah pemandu bas mulakan perjalanan..
Sumpah!!!dalam banyak2 perjalanan, ni lah perjalanan yg paling mengerikan, menakutkan...dengan bas yg sangat buruk, nazak...terhinjut-hinjut lagi...OH TIDAK!!!...Semoga selamat sampai dengan jayanya...hihi..
Dekat 3jam jugak naik bas tu...sakit badan aku..tak selesa...tak percaya???cubalah naik kalau nak rasa...huhu
Pukul 5.40 petang, kami tiba di kuantan bandar bersejarah Palma...tak tahu betul ke tak...tu orang pahang la tu yg bagi tahu aku..Erm...sampai2, terus go to shopping mall (apa tah namanya...lupe dah...) untuk beli tiket wayang...
"Nak tengok cerita Magika...Nak tengok jugak"
Ayat tu la yang keluar dari mulut aku dari hari Jumaat lagi...hihi...
Akhirnya........dapat juga aku menontonnya...Suke3!!!
dah beli tiket wayang, kami pergi menunaikan solat di surau berhampiran. Selepas itu, kami pergi mengisi perut yg da tahap kebulur ni...dari pagi tak makan gara2 tunggu bas yg banyak kerenah tu.
Selesai makan, baru pergi tengok wayang...Seronok!!!kelakar ceritanya..hihi

Habis tengok wayang, pergi ke Kuantan Parade tempat kami makan tadi...ni nak jumpa family Ahmad Taufiq ni...fuh!!takut giler rasa...second time jumpa tp masih takut...segan, malu...semua adalah...
rasa cam nak lari balik je masa tu...tp fikir da malam, da takde bas je, xleh nak balik...sedih....elelelele...sedih konon...huhu
Jumpa parents dia...Malu.....diam saja...xbercakap langsung...mak dia tanya baru aku bercakap..tu pun jawab apa yg mak dia tanya jela...huhu...tiba2 terus jadi pendiam...hihi..biasanya bising macam bertih jagung nak jd popcorn tu..hihi..
Lepas tu kami pergi makan utk kali kedua plak..pergh!!!kenyang lagi ni makan pukul6 tadi...pukul9 makan lagi..larat tak larat je nak habiskan..huhu
Habis makan, pulang ke rumah keluarga Taufiq pulak..lagi la segan...
Sampai rumah dia, terus dapat bilik sendiri....macam rumah aku pulak..kat rumah sendiri pun bilik share dengan kakak aku...hihi...tapi takpela..dah dapat tahu kena tidur kat mana, terus masuk bilik tu...mak dia pulak bz menyediakan kelengkapan untuk aku...Kain batik, tuala, selimut, telekung & sejadah..."sibuk2 je makcik ni...tak payah ssh2 la"...hihi
lepas tu aku terus tukar baju untuk mandi pulak...
selesai mandi duduk kat ruang tamu tengok tv sambil tengok mak die lipat kain2 jemuran yg baru lepas diangkat...tengok jela...aku bukan rajin nak lipat2 kain ni...tak tahu...hihi
Habis tengok tv, baru pergi tidur...tidur yang nyaman dan selesa sampai terlambat bangun Subuh esoknya...huhu
Pukul7.00 aku baru bangun...tak sedar langsung..
bangun2 je, terus solat Subuh...lepas tu sambung tido balik...hihi..
pukul9.00 baru bangun & terus sarapan pagi n bersiap-siap untuk pulang ke Jengka, Pahang...
sebelum balik Jengka, sempat lagi jalan2 dekat pasaraya Tunas Manja, East Cost Mall atau name comercialnya ECM..
Naik bas pukul 3petang & sampai Jengka pukul5petang...
Alhamdulillah...selamat sampai... =)

Wednesday, September 22, 2010

Tugasan yg Menanti

Berakhirnya Ramadhan, kita ke Syawal...
Dalam keseronokan Syawal, jgn dilupa tugasan yg menanti...
tapi........................aku dah terlupa semua tugasan yg diberikan kpd ku sepanjang cuti sempena Syawal ni...
Habis lah aku...huhu...
Dah la banyak plak tu...mana 1 nak siapkan dulu ni...
Erm...yg mana 1 aku kena hantar & present dulu nanti???
Masalahnya sekarang aku tak tahu yg mana 1 yg kena dulukan...huhu

LIST OF MY ASSIGNMENT
  • FUR 266 - Wood Processing (Due date : 24 Sept 2010)- Status : Assignment
  • FUR 265 - Wood Composite (Due date : tak diberi tahu lagi)- Status : Assigment & Presentation
  • WTE307 - Environmental (Due date : tak tahu) - Status : Assignment(2) & Presentation
Nampak macam  tak banyak...tp banyak sebenarnya...
serabut alam dah ni...
Minggu for Class tinggal 4 minggu lebih kurang 3 minggu jela..
Semua mesti setle before study week...
hopefully....dapat lah siapkan semua dengan jayanya...

P/S : kepada semua...haruslah diingatkan supaya tidak menjadi seperti saya yg suka menangguh kerja...tak baik utk kesihatan...hehehe..takla..bukan apa...nanti diri sendiri yg susah...kelam kabut dibuatnya...kerja yg dihantar juga menjadi kurang kualitinya...huhu